PETALING JAYA: Seorang remaja perempuan ditemukan mati selepas rumahnya di Kampung Besah, Kuala Ketil, Kedah musnah dalam kebakaran, hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Nor Batrisha Razali, 12, ditemukan dalam bilik tidur di tingkat bawah rumah berkenaan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 7.08 pagi.
Beliau berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling tiba di lokasi tidak lama kemudian.
“Kebakaran membabitkan struktur rumah kelas B yang terbakar 90%.
“Siasatan awal mendapati, api bermula dari salah satu bilik tidur di rumah berkenaan,” katanya menurut Harian Metro. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.