`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, June 6, 2023

Phya Songkram Ramu Wichit Wilis Asmara Phya Polit aka Raja Perlis 1843

1.  https://dymm.perlis.gov.my/portal/index.php/ms/info-diraja/pengenalan-negeri-perlis

Nama Negeri Perlis dikatakan berasal daripada perkataan Siam prow-lowy yang bererti ‘kelapa hanyut’

Perlis mula menjadi pusat pemerintahan Kesultanan Kedah apabila Sultan Kedah keempat belas, Sultan Muhyiddin Mansur Syah Ibni Sultan Rijaluddin Muhammad Shah yang memerintah dari tahun 1653 sehingga 1661 membina Kota Sena. 

Anakanda baginda, Sultan Dhiauddin Al-Mukarram Shah I merupakan Sultan Kedah kelima belas dan memerintah dari tahun 1661 sehingga 1687. Baginda turut memilih Perlis sebagai pusat pemerintahan Kesultanan Kedah apabila mendirikan Kota Indera Kayangan di sebelah hilir Sungai Perlis.
 

Para pembesar Kedah telah mengangkat Raja Muda Kayang sebagai Pemangku Sultan Kedah yang kedua puluh satu dengan gelaran Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II. Baginda memerintah Kesultanan Kedah dari tahun 1798 sehingga 1803 dan Kota Indera Kayangan II dijadikan pusat pemerintahan.

Pemerintahan Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II telah menjadikan Perlis sebagai negeri tersendiri dan istimewa bagaikan ‘a state within state’ (negeri lain dalam sebuah negeri).


2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Perlis

Salasilah Diraja Perlis bermula apabila Syed Harun Jamalullail, ayahanda kepada Raja Perlis pertama mengasaskan Mukim Arau bersama pengikutnya. Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II (Kedah) telah menganugerahkan Mukim Arau untuk ditadbir oleh Syed Harun Jamalullail.

Syed Harun Jamalullail kemudiannya berkahwin dengan cucu salah seorang pembesar Sultan Kedah lalu dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamakan Syed Hussein Jamalluail pada tahun 1805. Syed Harun Jamalullail telah meninggal dunia pada tahun 1825 dan digantikan dengan anaknya, Syed Hussein Jamalullail sebagai Penghulu Mukim Arau yang kedua.

Selepas kemangkatan Raja Long Krok, Syed Hussein Jamalullail telah dilantik oleh Siam sebagai Gabenor Negeri Perlis menggantikan Raja Long Krok. Pada tahun 1843, Raja Syed Hussein Jamalullail telah ditabal menjadi Raja Negeri Perlis. 

Baginda ditabal oleh Raja Rama III, Raja Siam dengan gelaran Phya Songkram Ramu Wichit Wilis Asmara Phya Polit atau disingkatkan sebagai Phya Polit.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.