`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, June 28, 2023

Aidiladha: Aliran trafik lebuh raya utama mula gerak perlahan

 

Aliran trafik Lebuhraya KL-Karak (KLK) menuju ke Pantai Timur juga perlahan bermula dari Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah dan Bukit Tinggi ke Lentang.

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama bergerak perlahan, namun masih lancar berikutan orang ramai mula bercuti dan melakukan perjalanan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidiladha, Khamis ini.

Jurucakap PLUS Trafik, memaklumkan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), trafik mulai perlahan di Slim River, Perak menuju Sungkai, arah utara dan Bandar Cassia, Pulau Pinang ke Juru.

“Trafik perlahan akibat lori rosak di KM13.1 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah selatan dari Subang ke Shah Alam. Lorong kiri ditutup.

“Selain itu, trafik perlahan di KM263 arah selatan dari Seremban ke Port Dickson juga akibat lori rosak,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), berkata aliran trafik Lebuhraya KL-Karak (KLK) menuju ke Pantai Timur juga perlahan bermula dari Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah dan Bukit Tinggi ke Lentang.

“Di KM25.7 ke Genting Sempah, trafik perlahan. Trafik perlahan dari arah timur sebelum masuk ke Plaza Tol Karak,” katanya.

Menurut LLM, trafik arak ke utara juga perlahan dari Kulai, Johor ke Sedenak, Plaza Tol Skudai ke Kulai, dan Pandan ke Bandar Dato Onn serta Plaza Tol Sungai Besi menuju Universiti Putra Malaysia, Serdang. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.