`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, June 12, 2023

Bayi lelaki ditemui atas reban ayam

 

Polis berkata bayi lelaki itu dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut.

PETALING JAYA: Seorang bayi lelaki dipercayai baharu dilahirkan ditemui atas reban ayam di kawasan Kampung Jawa, Lahad Datu, Sabah.

Bayi seberat tiga kilogram itu ditemui tanpa sebarang pakaian oleh seorang penduduk kampung pada jam 6.30 pagi.

Ketua Polis Lahad Datu, Rohan Shah Ahmad, berkata bayi malang itu ditemui seorang lelaki berusia 51 tahun yang datang untuk melihat reban ayam miliknya.

Ads by Kiosked

“Sepasukan pegawai polis dari IPD Lahad Datu ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut.

“Bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Lahad Datu bagi mendapatkan rawatan,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Polis sedang mengesan suspek dan orang ramai mempunyai maklumat boleh berhubung terus di talian Hotline IPD Lahad Datu 089-881255 atau pegawai penyiasat kes Sophia Thomas Kasau di talian 013-9392505, ” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.