`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, June 12, 2023

Malaysia bakal terima 2.7 juta vaksin bivalen

 

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata penerimaan 2.7 juta dos vaksin bivalen Covid-19 itu dapat bagi mengelakkan pembaziran atau pembuangan vaksin yang luput.

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menerima sebanyak 2.7 juta dos vaksin generasi baharu (bivalen) Covid-19 sebagai gantian stok vaksin hampir luput yang sedia ada dalam simpanan Kementerian Kesihatan (KKM).

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, berkata ia sekali gus dapat bagi mengelakkan pembaziran atau pembuangan vaksin yang luput.

“Walaupun kita mampu menukar kepada bivalen, (tetapi) seperti data yang diperolehi yang hanya 2.5% penerima dos penggalak (kedua), kita mungkin akan mengalami perkara yang sama iaitu terpaksa memusnahkan vaksin yang luput,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin Covid-19 sebelum ia dipersetujui persidangan Dewan Rakyat.

Sebelum ini, dilaporkan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata KKM masih dalam proses rundingan dengan Pfizer Sdn Bhd mengenai vaksin bivalen Covid-19.

Lukanisman berkata pembelian tambahan dan penerimaan sumbangan vaksin daripada negara luar menyumbang kepada lebihan stok vaksin berbanding perancangan asal Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Katanya, setakat 1 Jun lalu terdapat 8.5 juta stok vaksin pelbagai jenama telah luput di fasiliti KKM dan gudang simpanan vaksin.

“Proses pelupusan dan pelaporan vaksin dalam simpanan dilaksanakan mengikut Tatacara Pengurusan Aset dan Tatacara Pengurusan Stor yang berkuat kuasa. Pemantauan status pelupusan juga dilaksanakan secara berkala,” katanya.

Beliau juga memaklumkan seramai 27,550,124 (84.4%) penduduk menerima dos primer lengkap; 16,335,715 orang (50%) penduduk telah menerima dos penggalak manakala 823,495 orang iaitu 2.5% populasi telah menerima dos penggalak kedua setakat 30 Mei lalu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.