`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, June 7, 2023

Bekas ahli mahu Umno ‘ranap’, senang kembali kuasai parti, dakwa Puad

 

Ahli MKT Puad Zarkashi mendakwa bekas ahli Umno mahu ‘meranapkan’ parti itu.

PETALING JAYA: Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) mendakwa bekas ahli sengaja mahu melihat Umno “musnah” supaya mudah bagi mereka kembali menguasai parti itu.

“Kluster ini tidak berani tubuh parti baharu. Mereka tumpang rumah orang lain. Mereka ini mahu ranapkan Umno. Bolehlah politik mereka terus hidup.

“Mereka hanya mahu Umno kalah teruk enam PRN. Mereka hanya mahu Zahid Hamidi (presiden Umno) lemah. Senang mereka masuk balik dan menguasai Umno,” kata Puad Zarkashi di Facebook.

Ads by Kiosked

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mendakwa parti itu akan “bungkus” pada PRN di enam negeri.

Khairy berkata demikian sebagai respons kepada Hishammuddin Hussein, yang membidas “jemputan sinis” Zahid dan Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki kepada ahli yang dipecat dan digantung untuk menghadiri Perhimpunan Agung Umno (PAU).

Hishammuddin berkata, tindakan sebegitu “tidak membantu langsung usaha memulihkan kedudukan parti dalam memenangi hati ahli-ahli di akar umbi”, kerana mereka mahukan “Umno yang asal”.

Terdahulu, Zahid berkata, bekas ahli Umno yang merindui PAU boleh hadir menjadi pemerhati di luar Dewan Merdeka, manakala Asyraf berkata, mereka boleh menghadiri PAU yang bermula hari ini hingga 10 Jun. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.