`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, June 7, 2023

Gagal bayar pinjaman cagaran KWSP tumpuan Dewan Rakyat

 

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung tujuh hari bermula semalam hingga 15 Jun selepas bercuti selama seminggu. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Implikasi kewangan kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) jika peminjam pinjaman cagaran bagi fasiliti sokongan Akaun 2 (FSA2) gagal melunaskan atau lambat membuat pembayaran balik, menjadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, perkara itu akan dibangkitkan Radzi Jidin (PN-Putrajaya) yang turut meminta penjelasan berhubung jumlah permohonan yang diterima bagi fasiliti pinjaman itu, pada sesi soal jawab.

Pada sesi sama, Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) pula ingin tahu langkah diambil bagi mengangkat martabat makanan tradisi rakyat seperti nasi lemak, bah kut teh dan laksa sebagai makanan kebangsaan agar status itu tidak boleh dituntut oleh negara lain.

Ads by Kiosked

Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) dijangka meminta penjelasan tentang sokongan dan inisiatif diberikan Malaysia kepada kerajaan Afghanistan, khususnya dalam aspek pemerkasaan wanita dan kanak-kanak di negara itu.

Selepas sesi soal jawab, Dewan Rakyat akan menyambung perbahasan mengenai Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2 yang dibahaskan 13 Ahli Parlimen kerajaan semalam.

Rang Undang-Undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2023 juga dijangka dibaca buat kali kedua hari ini.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung tujuh hari bermula semalam hingga 15 Jun selepas bercuti selama seminggu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.