`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, June 15, 2023

Jangan asyik salahkan orang lain

 

Kita tidak pernah salah. Kita selalu menuding jari pada orang lain. Ia berlaku dalam kehidupan seharian kita. Lagi parah kalau dalam dunia politik. Selalunya begitulah.

Macam Ahmad Maslan menyalahkan bekas perdana menteri Ismail Sabri kerana tidak mahu membubarkan Parlimen ketika menjadi perdana menteri dulu. Kalau tidak BN tidak kalah setreruk ini pada PRU15.

Always blame others but not yourself. Kalau kita ada mangsa untuk disalahkan, mudah kerja kita. Tetapi sampai bila pun kita tidak dapat mencari jalan penyelesaian kepada masalah parti.

Sekarang mereka yang digantung dan dipecat diajak kembali. Sebelum diterima semula mereka terpaksa berhadapan Lembaga Disiplin untuk menjawab beberapa soalan. Kenapa ketika dipecat dulu mereka tidak dipanggil untuk menjawab tuduhan dikenakan ke atas mereka? Jadi ramai yang terlibat tidak pasti sejauh mana jujur tawaran itu.

Di Kelantan, Annuar Musa disambut meriah oleh kepimpinan PAS Negeri. Mereka yakin PN akan sapu bersih kerusi DUN di Kelantan. Annuar pun memulakan siri ceramah tentang jajaran baharu UMNO-PH dalam jelajah menjelang PRN, bermula di Senawang, Negeri Sembilan.

Awal tahun ini PN hampir pasti akan menang di Kelantan, Terengganu, dan Kedah. Kemudian keyakinan itu melebar ke Selangor dan Negeri Sembilan. Sekarang PN juga dapat merasakan trend pengundi di Kedah sudah menular ke Pulau Pinang, walaupun sekadar simple majority.

Para pemimpin PH dan BN menyindir angan-angan PN untuk menang di semua enam negeri dalam PRN. Atas dasar apa? tanya mereka. Kerana jumlah penyokong yang hadir di perhimpunan parti, atau uar-uar kehadiran 10 warlord Umno dalam PN?

Mereka ini tidak meninggalkan parti sebaliknya dipecat, dan ada yang digantung. Naratifnya mereka pengkhianat parti. Apabila mereka ambil keputusan untuk masuk parti lain, lagilah mereka dihina sebagai parasit. Naratif begini tidak membantu penyatuan semula parti malah memburukkan lagi keadaan.

Melabelkan orang lain pengkhianat adalah advantage para pemegang jawatan. Alasannya muda dicari. Tambah lagi ketika kedudukan parti goyah. Kalau tidak mahu dilabel pengkhianat, jangan cari pasal mengkritik kepimpinannya. Ini sebahagian daripada masa-masa sulit parti untuk survival.

Akar umbi telah bersuara. Mereka mahu ahli yang dipecat dan digantung dibenarkan menyertai semula parti. Ramai yang dah move on. Kenapa sekarang mahukan mereka semula? Ramai yang pening-pening lalat dengan perkembangan terbaru ini.

Ramai yang berpandangan peranan Umno dalam gabungan PH tidak penting. Tetapi kalau mereka bertindak keluar dari PH, undi Melayu akan semakin mengecil sebab PKR juga tidak mampu menambah undi Melayu. Ini membuka peluang kepada PN.

Jadi Umno masih ada kuasa rundingan. Gabungan PH perlu berhati-hati dengan kedudukan ini. Jangan ambil remeh. Jangan hanya jadi rakan pasif dalam gabungan ini, kalau mahu muncul semula sebagai parti yang ada kredibiliti. - FMT

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.