`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, June 28, 2023

Mayat lelaki tertiarap ditemukan di jalan raya

 

Mayat lelaki ditemui di Jalan Toman 8, Seremban, berhampiran sebuah hospital swasta. (Gambar media sosial)

PETALING JAYA: Mayat lelaki ditemui dengan kesan luka pada beberapa bahagian badan di Jalan Toman 8, Seremban berhampiran sebuah hospital swasta.

Ketua Polis Seremban Arifai Tarawe, berkata, kira-kira 11:45 pagi tadi, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam menyatakan terdapat seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kesan kecederaan.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati mangsa berumur 39 tahun dijumpai tertiarap di jalan raya dalam keadaan tidak bernyawa.

“Pemeriksaan awal pada anggota badan mangsa terdapat kesan kecederaan pada muka dan badan.

“Pemeriksaan pada pakaian mangsa mendapati barang peribadi masih berada dalam milikan mangsa,” katanya dalam kenyataan.

Arifai berkata, mayat dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk bedah siasat dan setakat ini punca kematian masih belum dapat disahkan lagi, kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Adi Khusaini Saripudin di talian 0127702282 atau IPD Seremban 066033222. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.