`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, June 4, 2023

PH-BN Selangor capai kata sepakat di 49 kerusi, kata Amirudin

 

Amirudin Shari berkata proses memuktamad kerusi ditandingi akan dibuat Pengerusi Jawatankuasa Parti Kerajaan Perpaduan Anwar Ibrahim. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Selangor sudah sepakat dalam pembahagian 49 kerusi dengan berbaki tujuh lagi belum selesai, kata Amirudin Shari.

Pengerusi PH Selangor itu berkata, kesepakatan dicapai setakat ini digambarkan “pencapaian yang sangat baik”.

“Sudah ada 49 kerusi yang ‘confirm’ (sah). Saya percaya masing-masing tahu dan kita mempunyai peluang cerah (menang).

Ads by Kiosked

“Kalau 49 kerusi (selesai dimuktamadkan), maknanya ada tujuh lagi belum selesai. Jadi, dengan tujuh belum selesai itu, sudah terlalu sedikit berbanding 56 kerusi keseluruhan…satu pencapaian yang sangat baik,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, Shah Alam.

Amirudin menjelaskan, semua kerusi yang sudah disepakati tidak akan ada sebarang perbincangan lagi kecuali jika ada “keperluan tertentu”.

“Maknanya dalam perbincangan, sudah pasti kita tidak akan buka balik kecuali sangat perlu dan sangat minimum. Jadi (ini) perkembangan yang besar selepas dua kali pertemuan di peringkat negeri dan dua kali di peringkat pusat..maknanya satu perkembangan sangat bagus,” katanya.

Mengenai dakwaan BN Selangor mahukan 17 kerusi berbanding 10, Amirudin berkata: “Perbincangan sedang dilakukan, selagi kata putus belum dibuat segalanya belum muktamad.”

Beliau berkata, proses memuktamad kerusi ditandingi akan dibuat Pengerusi Jawatankuasa Parti Kerajaan Perpaduan Anwar Ibrahim.

Ads by Kiosked

“Jadi apa-apa pun perkara dalam perbincangan sewajarnya ‘keep on’ (terus berjalan), bukan dibahaskan..ianya belum jadi kata putus,” katanya.

Beliau berkata, tidak ada unsur lebih atau kurang (pembahagian kerusi), sepatutnya semua perlu melihat kepada kaedah kemenangan berbanding kuota dan sebagainya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.