`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, June 15, 2023

PRN: SPR buka permohonan jadi pemerhati hari ini

 

Borang sebagai pemerhati PRN boleh dimuat turun di laman sesawang SPR.

PUTRAJAYA: Permohonan sebagai pemerhati bagi PRN, dibuka bermula hari ini sehingga 7 Julai depan, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ia akan melibatkan enam negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Terengganu, Kedah dan Kelantan.

Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan berkata permohonan sebagai pemerhati yang mewakili organisasi, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Ads by Kiosked

Pemerhati dibenarkan untuk membuat pemerhatian bagi proses pilihan raya seperti penamaan calon, berkempen, pengundian awal, pengundian, pengiraan undi dan penjumlahan.

“Pemohon perlu melayari portal SPR di alamat https://www.spr.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memuat turun borang permohonan,” katanya.

Pada PRU15, enam negeri melibatkan Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Terengganu, Kedah dan Kelantan tidak membubarkan DUN.

Namun menurut laporan media sebelum ini, pemimpin keenam-enam negeri mencapai kata sepakat bahawa masa paling sesuai untuk berbuat demikian ialah dalam tempoh dua minggu terakhir Jun, bagi membolehkan PRN diadakan serentak.

Setakat ini, Pulau Pinang bercadang membubarkan DUN pada 28 Jun, Kelantan pada 22 Jun manakala Negeri Sembilan pula dijangka 30 Jun ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.