`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, June 6, 2023

Tak boleh lawan sumbangan Kit Siang, kata Dr M berkait anugerah ‘Tan Sri’

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata sumbangan yang dilakukan oleh Lim Kit Siang tidak boleh dilawan oleh mana-mana pihak.

PETALING JAYA: Sumbangan yang dibuat Lim Kit Siang tidak boleh dilawan mana-mana pihak, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad selepas bekas pengerusi DAP itu dianugerahkan gelaran “Tan Sri”.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata penganugerahan gelaran itu kepada Lim juga adalah bagus kerana sama taraf dengan bekas mursyidul am PAS, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Sumbangan yang dilakukan oleh Lim Kit Siang tidak boleh dilawan oleh mana-mana pihak.

Ads by Kiosked

“Baguslah dia (Kit Siang) terima ‘Tan Sri’ sebab sama taraf dengan Nik Aziz,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Tertutup Rundingan Meja Bulat Proklamasi Orang Melayu di Shah Alam.

Terdahulu, veteran DAP itu dan Nik Aziz antara 839 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 sempena Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong.

Nik Aziz dan Lim dianugerahkan Panglima Setia Mahkota (PSM), anugerah persekutuan kedua tertinggi yang membawa gelaran “Tan Sri”. Mereka antara 26 individu menerima anugerah itu tahun ini.

Nik Aziz, yang meninggal dunia pada 2015, turut berkhidmat sebagai menteri besar Kelantan dari 1990 hingga 2013. - FMT


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.