`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, June 6, 2023

SPRM buka kertas siasatan, teliti dokumen PN terima dana judi

 

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim mengesahkan bahawa siasatan menyeluruh sedang dijalankan termasuk mengenalpasti dan menyiasat latar belakang syarikat-syarikat yang dinyatakan dalam aduan tersebut.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan untuk meneliti dokumen-dokumen yang diterima dalam satu aduan berhubung dakwaan Perikatan Nasional (PN) menerima dana dari syarikat judi dalam kempen PRU15.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim dalam kenyataan mengesahkan bahawa siasatan menyeluruh sedang dijalankan termasuk mengenalpasti dan menyiasat latar belakang syarikat-syarikat yang dinyatakan dalam aduan tersebut.

Tindakan itu susulan seorang ahli perniagaan Rashdan Yusof, 52, pada 30 Mei lalu tampil membuat laporan kepada SPRM disokong oleh dokumen tertentu.

Ads by Kiosked

Rashdan mendakwa dia mempunyai bukti yang mengaitkan gabungan itu dengan syarikat perjudian dan mahu SPRM menyiasat lebih lanjut.

Lelaki itu juga menegaskan bahawa dia tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik atau NGO.

Pada Disember 2022, Malaysiakini memetik Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang membayangkan bahawa sebahagian daripada dana PN untuk kempen pilihan rayanya datang daripada syarikat perjudian, terutamanya yang mengambil bahagian dalam “cabutan khas” untuk nombor 4D.

Timbalan Anwar, Zahid Hamidi, dilaporkan mengulangi kenyataan perdana menteri dan mendakwa beliau yakin “pihak di belah sana” telah memperoleh dana daripada syarikat perjudian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said memberitahu Dewan Rakyat minggu lalu bahawa SPRM telah menjalankan kajian terperinci berhubung maklumat yang diberikan mengenai dakwaan itu, tetapi mendapati ia “terlalu umum”.

Selepas itu, tiada kertas siasatan dibuka berhubung perkara itu, katanya.

Ads by Kiosked

Individu itu juga menggesa siasatan terhadap dakwaan PN menerima dana daripada syarikat-syarikat perjudian yang juga digunakan untuk kempen pilihan raya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.