`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, June 11, 2023

Tarikh bubar DUN Kelantan diumum minggu ini

 

Kelantan mempunyai 45 kerusi DUN dengan tujuh diwakili ADUN daripada Umno, satu daripada Bersatu dan selebihnya ADUN PAS. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kelantan dijangka mengumumkan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu ini, sekali gus membuka laluan untuk mengadakan PRN tidak lama lagi.

Menteri Besarnya, Ahmad Yakob, berkata ia dijangka akan dibuat selepas mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri pada Rabu.

“Insya-Allah kita tunggu masa mesyuarat Exco minggu ini,” katanya.

Perkara sama turut dimaklumkan oleh timbalannya, Mohd Amar Nik Abdullah.

“Tentang pembubaran, MB akan isytihar. Minggu ini dia isytihar tarikhnya. Tunggulah,” katanya, menurut Astro Awani.

Kelantan mempunyai 45 kerusi DUN dengan tujuh diwakili ADUN daripada Umno, satu daripada Bersatu dan selebihnya ADUN PAS.

Sebelum ini, Setiausaha Agong PAS Takiyuddin Hassan memaklumkan, proses pembahagian kerusi antara parti dalam Perikatan Nasional (PN) di enam negeri yang terlibat dalam PRN, hampir selesai.

Tempoh penggal DUN Kelantan akan tamat akhir bulan ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.