`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, November 29, 2023

Taksiran sekolah berbeza mampu pacu sistem pendidikan, kata anggota MPN

 

Sarawak mengumumkan cadangan memperkenalkan taksiran baharu di sekolah rendah susulan pemansuhan UPSR. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Cadangan kerajaan Sarawak untuk memperkenalkan taksiran baharu bagi murid sekolah rendah dilihat dapat memacu sistem pendidikan negara menjadi lebih terbuka dan bersedia menghadapi persekitaran pendidikan yang pesat pada masa kini.

Setiausaha Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Majlis Profesor Negara (MPN) Anuar Ahmad berkata kepelbagaian format pentaksiran itu membolehkan murid dinilai secara adil, mengikut kesesuaian setempat.

“Misalnya di Kuala Lumpur, mungkin format yang terbaik adalah pentaksiran dalam bilik darjah, tetapi ada negeri dan kawasan terdapat murid terlalu ramai, guru tidak mencukupi atau keadaan setempat yang tidak menggalakkan aktiviti berlaku dalam bilik darjah, ia menjadikan pentaksiran seperti itu kurang berkesan.

“Maka, format pentaksiran seperti UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) itu mungkin lebih berkesan untuk membuat pentaksiran kemajuan anak-anak kita,” katanya pada program Malaysia Petang Ini terbitan Bernama TV.

Beliau mengulas cadangan Sarawak untuk merangka sistem penilaian sendiri bagi murid tahun enam di semua sekolah kerajaan di negeri itu bagi menilai prestasi sebenar murid, yang diumumkan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Roland Sagah Wee Inn pada bulan lepas.

Cadangan berkenaan mendapat sokongan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang memaklumkan perkara itu tidak bertentangan dengan dasar pendidikan negara, malah seiring hala tuju Kementerian Pendidikan.

Anuar berpandangan kepelbagaian kaedah pentaksiran tidak akan menyebabkan perbezaan penguasaan ilmu antara kumpulan murid yang dinilai melalui pentaksiran berasaskan sekolah ataupun pentaksiran yang seumpama UPSR.

Ini kerana secara umumnya, matlamat setiap sekolah rendah bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai asas ilmu yang kukuh seperti menguasai kemahiran membaca, menulis, dan mengira sebelum meneruskan pelajaran ke peringkat sekolah menengah.

“Mungkin perkara ini menjadi isu buat masa ini, tetapi saya yakin seperti mana negara lain yang mengamalkan desentralisasi pendidikan, kita akan dapat melihat ia memanfaatkan anak-anak kerana mereka dinilai secara adil berdasarkan keperluan dan kesesuaian di mana sahaja mereka berada,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.