`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, November 29, 2023

KXP: Perjanjian Tahira Air untuk tubuh SPV baharu, kata MB Kedah

 

Pembangkang Kedah memohon penjelasan kerjasama Kedah-Tahira Air dalam projek Kedah Aerotropolis yang menimbulkan persoalan kerana syarikat itu hanya mempunyai modal berbayar RM2 juta. (Gambar Facebook)

ALOR SETAR: Perjanjian usaha sama antara KXP AirportCity Holding dengan Tahira Air Sdn Bhd adalah untuk menubuhkan syarikat bertujuan khas (SPV) baharu bagi meneruskan pembangunan projek Kedah Aerotropolis.

Menteri Besar Sanusi Nor justeru berkata menerusi perjanjian itu Tahira Air bukan satu-satunya entiti yang akan membangunkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), satu daripada komponen pembangunan dalam projek Kedah Aerotropolis.

“Kalau masyarakat lihat sekali imbas mereka kata syarikat itu tidak ada keupayaan kerana modal berbayar hanya RM2 juta, tetapi syarikat itu tidak beroperasi di Malaysia, (mereka) ada pejabat di sini tapi beroperasi di China. Syarikat itu mengendalikan kargo beratus tan setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Pada sidang DUN semalam, Teh Swee Leong (PH-Kota Darul Aman) meminta penjelasan daripada kerajaan negeri yang menandatangani perjanjian dan bekerjasama dengan Tahira Air bagi menubuhkan SPV baharu, sedangkan syarikat itu hanya mempunyai modal berbayar RM2 juta.

Muhammad Sanusi sebelum ini berkata perjanjian dengan syarikat SPV terdahulu dibatalkan berikutan kegagalan syarikat berkenaan mendepositkan RM2.5 bilion atau 125 peratus daripada anggaran kos pengambilan tanah bagi projek KXP. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.