`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, November 30, 2023

Menteri gesa pengguna jawab tinjauan subsidi bersasar KPDN

 

Pada masa ini, kerajaan memberi subsidi bagi komoditi seperti bahan api, minyak masak dan beras keluaran tempatan.

PETALING JAYA: Orang ramai digesa menyertai tinjauan awam mereka berhubung pelaksanaan penyasaran semula bantuan dan subsidi kerajaan, kata Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Mohd Ali.

Tinjauan dibuat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) boleh dijawab menerusi pautan https://forms.gle/GaysGRNcWm8No4FH7 mulai hari ini sehingga 31 Disember depan.

Armizan Mohd Ali.

Menurut Armizan, kerajaan mahu mengambil kira syor dan pandangan ramai supaya segala mekanisme dilaksanakan pada masa depan bertepatan aspirasi rakyat.

Beliau memberi contoh ada cadangan supaya subsidi disalurkan melalui kad untuk memantau ketirisan dan trend perbelanjaan rakyat.

“Namun ada juga pihak berpendapat bantuan dalam bentuk tunai adalah lebih berkesan.

“Kita perlu pandangan rakyat untuk membentuk reformasi mekanisme subsidi, bantuan dan insentif rakyat yang lebih cekap untuk jangka panjang,” katanya kepada FMT.

Pada 6 Nov lalu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata subsidi bersasar dirancang kerajaan pada tahun depan hanya untuk warganegara Malaysia iaitu untuk individu, isi rumah, dan berasaskan kad.

Kerajaan hanya mengambil maklumat daripada warganegara untuk Pangkalan Data Utama (Padu), yang akan dapat diakses orang ramai mulai Januari.

Putrajaya beralih daripada subsidi pukal kepada subsidi bersasar berikutan lonjakan perbelanjaan tahunan kerajaan sebanyak 322% kepada RM55.4 bilion dari 2021 hingga 2022. Pada masa ini, kerajaan memberi subsidi bagi komoditi seperti bahan api, minyak masak dan beras keluaran tempatan.

Dalam wawancara bersama Bloomberg, Rafizi menganggarkan negara boleh menjimatkan sekurang-kurangnya USD1 bilion (RM4.73 bilion) hingga USD2 bilion (RM9.47 bilion) apabila beralih kepada subsidi bersasar. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.