`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, November 29, 2023

Sabah peruntuk RM175 juta untuk noktah kemiskinan

 

Kerajaan Sabah merangka tujuh program untuk membasmi kemiskinan tegar dengan pelbagai pendekatan.

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memperuntukkan RM175 juta bagi melaksanakan pelbagai program tahun depan untuk menoktahkan kemiskinan tegar, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu.

Ketua Menteri Hajiji Noor berkata kerajaan negeri melalui Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ) merangka program khusus bagi 22,510 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar, berdasarkan data berdaftar dalam sistem eKasih.

“Program, bantuan, subsidi, peluang pekerjaan dan perniagaan dipadankan dengan keupayaan kumpulan sasar iaitu miskin tegar dan tidak berbentuk satu penyelesaian untuk semua,” katanya, ketika menggulung Belanjawan Sabah 2024 dan teks ucapan dibacakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Abidin Madingkir.

Program terlibat adalah MySMJ: Profiler yang melaksanakan pemprofilan miskin tegar bagi mengenal pasti mereka yang terlibat serta bantuan sesuai; dan MySMJ: PBT di mana pihak berkuasa tempatan negeri mengambil pekerja sambilan harian dalam kalangan miskin tegar.

Selain itu MySMJ:DO iaitu kerjasama dengan pasar raya bagi memberi pekerjaan kepada kumpulan itu; dan MySMJ:GLC yang menyediakan peluang latihan dan pekerjaan kepada anak miskin tegar untuk diserapkan ke badan berkanun negeri atau syarikat berkaitan kerajaan negeri.

Di samping itu MySMJ:Industri yang membuka peluang pekerjaan kepada anak miskin tegar dalam sektor swasta dan pelabur industri; dan MySMJ:Pendidikan yang memberi bantuan persekolahan kepada anak miskin tegar; serta MySMJ:Care bagi menambah baik sistem bantuan bulanan kebajikan.

Speaker Kadzim M Yahya kemudian menangguhkan persidangan hingga esok.- FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.