`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, November 30, 2023

Jatuhkan kerajaan perpaduan hanya ‘mimpi kosong’ Dr M, kata Puad

 

Puad Zarkashi tidak mudah untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan yang disokong lebih 148 Ahli Parlimen.

PETALING JAYA: Provokasi Dr Mahathir Mohamad yang membangkitkan cadangan menumbangkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim ibarat “mimpi kosong” dan sukar dicapai, kata seorang pemimpin Umno.

Bercakap kepada FMT, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Puad Zarkashi berkata berkata tiada sebab untuk mereka menyokong Perikatan Nasional (PN) ketika parti itu dalam “mood” kebangkitan dan pemulihan.

“Kenyataan Dr M bahawa kerajaan perpaduan boleh tumbang adalah provokasi. Ia sukar untuk dicapai. Hanya mimpi kosong,” kata Puad yang juga Adun Rengit.

“Umno dalam mood kebangkitan dan pemulihan sejak berkongsi kuasa dengan Pakatan Harapan (PH). Tidak ada sebab mereka akan tarik sokongan daripada Anwar Ibrahim.”

Semalam, Mahathir berkata Perikatan Nasional (PN) mampu mengambil alih Putrajaya sekiranya terdapat Ahli Parlimen blok kerajaan mengalihkan sokongan kepada gabungan itu, seperti dilakukan lima wakil rakyat Bersatu yang “menyeberang”.

Mengambil contoh situasi berlaku sebelum PRU15, bekas perdana menteri itu berkata kaedah berkenaan pernah digunakan 15 Ahli Parlimen Umno yang tidak lagi percaya terhadap Muhyiddin Yassin, menyebabkan pentadbiran diserahkan kepada Ismail Sabri Yaakob.

Mengulas kenyataan itu, Puad berkata bukan mudah kerajaan perpaduan yang dinaungi lebih 148 Ahli Parlimen rentas parti untuk menarik sokongan terhadap pengerusi PH itu.

“Kewujudan kerajaan perpaduan atas rundingan dan tolak ansur,” katanya merujuk kepada titah Yang di-Pertuan Agong supaya suatu kerajaan perpaduan dibentuk agar sebuah pentadbiran stabil dapat ditubuhkan.

Dakwanya, ia berbeza dengan penubuhan kerajaan PN diketuai Muhyiddin Yassin sebelum ini yang didasari atas buruk sangka dan menikam belakang. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.