`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, November 30, 2023

Mengaku 3 tuduhan tipu, bekas CEO didenda RM30,000, dipenjara sehari

 

Hakim menjatuhkan hukuman itu terhadap Aziedy Abd Talib yang menukar pengakuan kepada bersalah dalam prosiding hari ini, yang ditetapkan untuk perbicaraan. (Gambar Bernama)

BUTTERWORTH: Bekas CEO sebuah syarikat teknologi maklumat didenda RM30,000 dan sehari penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan menipu berhubung kerja pembekalan peralatan keselamatan pada 2016.

Hakim Zulhazmi Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Aziedy Abd Talib, 42, selepas menukar pengakuan kepada bersalah dalam prosiding hari ini, yang ditetapkan untuk perbicaraan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima bulan, jika gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa memperdaya kakitangan Mutiara.Com Sdn Bhd bagi mendorong bayaran RM50,000 dan RM25,000 bagi kerja pembekalan peralatan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan pemasangan interkom bagi projek Pangsapuri Seri Bayu, daerah Barat Daya.

Bagi pertuduhan ketiga pula, Aziedy didakwa memperdaya kakitangan sama bagi mendorong bayaran RM40,000 untuk kerja perkhidmatan “Kaspersky Antivirus License Renewal Consultation Service” yang tertuduh tahu ia tidak benar.

Semua kesalahan itu dilakukan sekitar Mac hingga Oktober 2016 dan pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.