`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, November 29, 2023

Warga asing akan kena caj guna bas GoKL

 

DBKL akan membuka pendaftaran mulai Jumaat ini untuk warga Malaysia menikmati perkhidmatan percuma bas GoKL

PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengenakan caj ke atas warga asing yang menggunakan perkhidmatan bas GoKL.

Menerusi notis pemakluman yang dimuat naik DBKL, caj tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan empat laluan di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur.

“Transaksi pembayaran adalah tanpa tunai iaitu melalui kad Touch ‘n Go, kod QR, kad kredit atau kad debit,” kata DBKL di Facebook.

Bagaimanapun, DBKL tidak menyatakan bila caj itu akan mula dikenakan dan bayaran tambang.

Pada Ogos 2022, timbalan menteri wilayah persekutuan ketika itu, Jalaluddin Alias melaporkan kepada Dewan Negara bahawa dianggarkan 45.2% penggunaan perkhidmatan bas percuma GoKL adalah oleh warga asing.

Beliau juga menjelaskan bahawa ketersambungan jajaran batuan awal dan akhir yang masih belum memuaskan antara sebab utama rakyat tempatan tidak menggunakan pengangkutan awam di ibu kota.

Sementara itu, DBKL meminta warganegara Malaysia yang memiliki MyKad dengan sistem Touch ‘n Go supaya membuat pendaftaran bagi menikmati perkhidmatan percuma.

Pendaftaran akan dibuka bermula Jumaat ini di tiga hentian bas GoKL.

“Perkhidmatan bas Go KL percuma bagi semua kanak-kanak yang berumur 12 tahun kebawah,”

Mereka yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi DBKL di talian 03 2028 2314 atau e-mel jpb@dbkl.gov.my. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.