`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

31 AUGUST 2026

Sunday, September 6, 2026

Imigresen tak boleh ambil tindakan terhadap Rohingya ada kad UNHCR

 Pemegang kad itu bukan Pati dan tidak tertakluk kepada kesalahan tinggal lebih masa atau tiada dokumen perjalanan dan pas yang sah.

Zakaria Shaaban
Ketua Pengarah Imigresen Zakaria Shaaban menjelaskan namun etnik Rohingya yang memegang kad UNHCR tetap tertakluk kepada undang-undang lain yang dikuatkuasa oleh agensi lain. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Imigresen tidak mempunyai kuasa mengambil tindakan terhadap etnik Rohingya jika mereka sah memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), kata Ketua Pengarah Zakaria Shaaban.

Zakaria menjelaskan, etnik Rohingya yang memegang kad itu bukan tergolong sebagai pendatang asing tanpa izin (Pati), namun mereka masih tertakluk kepada undang-undang lain, dikuatkuasakan agensi penguat kuasa lain.

“Rohingya tidak sama dengan Pati. Mereka yang memiliki kad UNHCR tidak boleh diambil tindakan atas kesalahan imigresen seperti tinggal lebih masa atau tidak memiliki dokumen perjalanan dan pas yang sah.

“Bagaimanapun, mereka tetap tertakluk kepada undang-undang lain yang dikuatkuasakan oleh agensi penguatkuasaan lain,” katanya kepada Berita Harian.

Dalam pada itu, Zakaria menasihatkan orang ramai tidak mengambil tindakan sendiri berkait Pati, sebaliknya menyalurkan maklumat kepada pihak imigresen untuk siasatan.

“Penguatkuasaan Imigresen adalah berasaskan aduan, risikan dan maklumat awam. Semua maklumat dan aduan yang diterima akan disiasat.

“Namun begitu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil tindakan sendiri, sebaliknya menyerahkan sebarang maklumat kepada pihak berkuasa,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.