`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, January 30, 2013

Anak Raja Melayu dan DAP.



Saya berada di Seremban pada 28 Januari lalu. Berjumpa dengan seorang kawan. Pada pagar yang menyempadani padang berdepan dengan sekolah KGV Seremban, ada kain pemindang. Ia menghebahkan perihal tokoh komentari politik- Tunku Abdul Aziz akan berucap diatas tajuk politik semasa. Oleh kerana saya sedang memandu, saya tidak pasti sama ada lain2 penceramah menyertai Tunku Aziz. Saya rasa ianya sessi bersama Tunku Aziz sahaja kerana hanya kelihatan wajah Tunku itu pada kain pemidang tersebut.

Tunku Aziz ialah bekas naib presiden DAP. DAP memandang tinggi Tunku Aziz. Sejak meninggalkan DAP, Tunku Aziz bertugas sebagai algojo bagi pihak UMNO. Kerja nya 24 jam menghentam DAP. DAP tidak pernah mencerca nya semenjak berpisah. Hanya ahli DAP yang tak seberapa seperti saya sahaja yang rasa perlu menyanggah tindakan Tunku Aziz.

Saya bertanya kawan saya, apakah acara, apakah majlis dan apakah gerangan  nya yang memerlukan kehadhiran Tunku Aziz di Seremban untuk mengadakan sesi penceritaan kepada penduduk Negeri Sembilan? Adakah garuda hendak menyerang Negeri Sembilan. Adakah musuh datang menyerang? Todak melanda di pantai Port Dickson? Adakah Negeri Sembilan diancam musuh dan kelak menjadi padang jarak padang terkukur?  Kerana itukah maka, bersegera setengah rakyat negeri Sembilan mendapatkan bantuan dari tunku Aziz yang bijaksana lagi terbilang?

Tidaklah sampai demikian, jelas kawan saya. Kawan saya memberitahu bahawa Tunku Aziz telah datang ke Pokan Soghomban untuk memberitahu pendengar ceramah nya, bahawa DAP telah berjumpa dengan anak Tuanku Negeri Sembilan melamarnya menyertai perjuangan DAP.  

Cis bedebah sungguh DAP ini? Apa gerangan DAP ini? Geruda? Naga? Tentera Siam? Mojopahit? Musuh dari benua Keling? Beritahu hamba, supaya dengan keris lok sepuluh naga sri cini akan hamba amukkan!

Anak Tuanku yang dimaksudkan ialah Tunku Zain Al Abidin ibni Tuanku Muhriz. Semua orang tahu( sekurang kurang nya mereka yang membaca) Tunku Zain seorang anak raja yang mempunyai fikiran progresif- tidak semestinya menyokong politik parti pembangkang. Dia mengetuai suatu NGO yang bernama IDEAS yang diperlakukan sebagai forum menyibar pemikiran2 yang baik dan perdebatan yang sihat mengenai pelbagai isiu social dan politik. Ini ada raja yang cerdik.

Nyatalah dari segi pemikiran, ini bukan seorang anak raja yang pengecut dan apatah lagi menerima kenyataan bahawa berdebat bukan budaya Melayu. Tunku Zain adalah seorang anak Raja yang berkelulusan dari London School of Economics(LSE) dan pernah berkhidmat di Palace of Westminster atau Parlimen British. Kepada mereka yang berminat dan faham- Palace of Westminster dahulu nya istana Raja2 England yang dijadikan bangunan2 parlimen. Bukan sahaja raja bahkan rumah raja pun mengiktiraf reality politik. Tapi Tunku Aziz nampak nya hairan mengapa anak raja mahu berpolitik? Dengan DAP pula. Tunku Aziz tidak suka DAP, tapi ramai juga yang menyokong DAP.

Tidak menjadi kesalahan lansung jika anak Raja Melayu mahu menyertai politik. Mustahil perkara begini menjadi suatu kepelikan kepada Tunku Aziz dan pihak2 yang menaungi Tunku Aziz. Jadi, mengapa kencenderungan Tunku Zain dipersoalkan? Keran dia tidam memilih UMNO? 3.7 juta Melayu menolak UMNO pada tahun 2008. Hanya 2 juta Melayu yang menyokong calun UMNO. Jika Tunku Zain menyokong bukan UMNO< bererti dia berada pada pihak yang majority.

Ertinya, Tunku Zain bukanlah seorang yang tidak mempunyai ilmu lansung mengenai politik. Sesiapa yang pernah berjumpa dengan Tunku Zain akan mengkagumi kepetahan dia bercakap mengenai pelbagai isiu. Mereka juga akan menghargai keintelektualan anak Raja ini dan ketajaman fikiran nya. Ini seorang anak raja yang boleh berjalan sambil mengunyah chewing gum.

Jadi apa isiu yang menggegarkan dunia? Tidak ada undang2 yang kata, DAP tidak boleh berjumpa dengan anak raja. Raja Melayu itu bangsa nya Melayu- rakyat nya semua bangsa. Cina, India dan Melayu masih rakyat setia kepada raja Melayu.tidak menjadi kesalahan DAP berjumpa dengan Tunku Zain dan melamarnya menyertai perjuangan DAP.

Perjumpaan itu bukan suatu isiu. Fakta bahawa lamaran itu tidak membawa hasil pun bukan isiu nya. Sesiapa bebas menterjemah penolakan lamaran DAP tersebut. Bahkan puak2 UMNO dan Tunku Aziz sendiri bebas untuk merumuskan, anak raja tidak suka kepada politik DAP. Tapi tidak ada siapa pun yang boleh menyalahkan perjumpaan tersebut. DAP dan Tunku Zain bebas untuk berjumpa satu sama lain. Lagi pun mustahil Tunku Zain berjumpa dengan pemimpin DAP untuk melakukan sesuatu yang membeloti negara atau sesuatu yang treasonable seperti memberi dan menjual kad pengenalan. Bukan begitu?

Ketika dalam DAP, Tunku Aziz telah ditanya sama ada dia kenal dengan Tunku Zain. Tunku Aziz jawab dia rapat dengan keluarga Raja Negeri Sembilan. Maka dia bersetuju untuk membolehkan perjumpaan antara Tunku Zain dan pemimpin DAP.

Tunku Aziz seorang yang pandai dan tentulah mengetahui tujuan perjumpaan tersebut. Dalam kamus peguam- dia tentu ada actual knowledge yakni dia diberitahu secara lansung mengenai tujuan perjumpaan tersebut. Atau dia mempunyai imputed knowledge yakni dia dapat mengagak tujuan perjumpaan tersebut. Dia pun mencadangkan perjumpaan pertama diadakan di rumah nya sendiri pada suatu jamuan makan. Tapi berubah venue, dan pertemuan pertama diadakan disebuah kelab di Kula Lumpur.

Ertinya, Tunku Aziz sendiri sudah pasti melihat tujuan pertemuan demikian sebagai suatu projek yang feasible dan menguntungkan DAP jika berjaya. Kalau tidak masakan Tunku Aziz mahu mengatur pertemuan tersebut?

Tapi dalam ceramah politiknya, Tunku Aziz memilih untuk mendedahkan isi kandungan perjumpaan tersebut. Tentulah ini tidak manis. Ia menunjukkan sikap berdendam Tunku Aziz terhadap DAP. Atau pun, ia memperlihatkan sikap kesemulajdian orang yang bernama Tunku Aziz- seorang yang tidak boleh dipercayai lansung.

Kenapa pertemuan tersebut dan lamaran DAP menjadi isiu besar? Ceramah dan cakap Tunku Aziz mencadangkan bahawa hanya suatu kumpulan yang khusus sahaja yang boleh berjumpa dengan mana2 warga istana?

DAP yang selama ini digambarkan sebagai anti Melayu dan anti Raja Melayu patut mendapat pujian.kesediaan DAP bertemu anak raja menandakan bahawa DAP menerima reality sejarah, social dan budaya negeri ini, khususnya yang melibatkan orang Melayu. DAP mengiktiraf peranan dan kedudukan raja2 Melayu dan merasakan perlu nya, raja2 Melayu difaktorkan dalam politik nya. Kerana itulah maka DAP bertemu dengan Tunku Zain untuk berbincang dan menceritakan scenario politik negara. Saya rasa ini langkah yang amat stratejik. Kalau lah Tunku Zain menyertai perjuangan DAP- ia sudah tentu menjadi game changer. Puak UMNO tidak lagi boleh menuduh DAP anti Melayu, anti Islam dan anti raja2 Melayu.

Tidak ada siapa pula yang patut sangsi dengan kesediaan Tunku Zain bertemu dengan pemimpin DAP. Dia juga sedia dan telah berjumpa dengan pemimpin parti2 lain. Mengapa kita merasakan bahawa berjumpa dengan DAP suatu kesalahan, tapi berjumpa dengan UMNO misalnya suatu yang wajar?

UMNO bukan pemilik keatas diri Tunku Zain.

Saya melihat Tunku Zain telah memberi jawapan ringkas mengenai apa yang dikatakan oleh Tunku Aziz. Dia merasa hairan mengapa kemungkinan dia memasuki gelanggang politik dipertikaikan sedangkan ramai anggota keluarga istana telah pun menyertai politik dan meninggalkan pengaruh besar keatas politik tanah air? Mungkinkah ada yang merasa cemas kerana kemungkinan Tunku Zain memilih wadah politik yang tidak konventional?

Tetapi saya rasa pukulan yang paling berbisa ialah sindiran Tunku Zain kepada Tunku Aziz kerana mendedahkan butiran perbincangan yang private dan peribadi. Mustahil itu perlakuan seorang yang mempunyai akhlak dan lakuperangai yang tinggi. Lama kelamaan, keperibadian Tunku Aziz makin terserlah.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.