KOTA KINABALU : Bekas Ketua Menteri Tan Sri Harris Salleh berkata dakwaan 500,000 kad pengenalan (KP) biru diberikan kepada pendatang Filipina dan Indonesia di Sabah pada awal 1990-an oleh Tun Datuk Mustapha bukan saja palsu, tetapi mengarut.
"Tun Mustapha adalah seorang yang sangat sibuk. Saya boleh menjamin bahawa beliau, sama seperti mana-mana pemimpin lain, cuba membantu orang menjadi rakyat negara ini. Bagaimanapun, ini tidak bermakna Tun Mustapha akan mengarahkan permohonan dan pengeluaran 500,000 kad pengenalan dengan begitu saja," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Pertama, Harris berkata Tun Mustapha tidak pernah dilantik sebagai Ketua Umno Sabah kerana apabila kerana apabila parti itu melebarkan sayapnya ke Sabah, Tun Sakaran Dandai yang dilantik sebagai Ketua Umno Sabah.
Kedua, beliau berkata, mustahil kalau bukan tidak praktik untuk mencari 500,000 orang untuk memenuhi borang pendaftaran rakyat.
"Ketiga, walaupun 500,000 borang atau permohonan dikemukakan pada Jabatan Pendaftaran Negara, keputusan muktamad untuk memberi kelulusan terletak dalam tangan Kementerian Dalam Negeri.
Rekod menunjukkan bahawa pada 1990 terdapat 543,612 pengundi dan pada 1995 bilangannya hanya kira-kira 646,719; iaitu satu peningkatan 103,107 pengundi.
Oleh itu, katanya, jika apa yang dikatakan Siti Aminah Mahmud itu benar maka jumlah pengundi pada 1995 sepatutnya sekitar 1,043,612.
"Buat masa ini Sabah mempunyai 926,638 pengundi seperti dilaporkan oleh The Star. Jadi di manakah logiknya dakwaan Siti Aminah itu?" katanya.
Siti Aminah yang bekerja sebagai sukarelawan untuk Allahyarham Mustapha mendakwa dia memaklumkan oleh beliau bahawa 500,000 KP biru dikeluarkan untuk menjatuhkan kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS).
Dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR Kuala Lumpur, dia laporkan mengatakan Mustapha memberitahunya, bahawa ia satu projek Tun Dr Mahathir Mohamad jadi mereka tidak harus bimbang akan ditangkap.
Angka yang diambil daripada rekod rasmi jelas menunjukkan bahawa kenyataan Siti Aminah itu palsu dan tidak benar," kata Harris.
"Cukuplah. Masanya sudah tiba untuk pihak berkuasa menyiasat semua dakwaan tidak berasas ini termasuk apa yang dilaporkan dalam akhbar tentang keterangan pelbagai saksi, untuk kesalahan jenayah, khasnya membuat kenyataan palsu," katanya.
Dalam sebuah negara berbilang kaum, adalah berbahaya untuk memberi maklumat palsu, khasnya berbaur perkauman.
"Saya meminta polis menyiasat semua dakwaan ini, jika tidak benar, mereka yang membuatnya harus didakwa. Ada undang-undang di Malaysia dalam mana orang seperti ini boleh didakwa.
"Kita tidak boleh membiarkan orang ini membuat kenyataan sewenangnya tanpa berkata benar atau mereka hanya mereka hanya mahu membuat kenyataan untuk membangkitkan emosi orang rami," katanya. (DE)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.