`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, March 3, 2013

Manipulasi kenyataan Tian Chua, media Umno beri gambaran salah



Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR : Pandangan Tian Chua mengenai isu pencerobohan di Lahad Datu dimanipulasi media kawalan Umno sedangkan ia dibuat sebelum laporan berita kematian dua anggota keselamatan disahkan.

Keadilan Daily hubungi saya sebelum ada kematian. Ia langsung tak merujuk kepada kematian dua komando polis. Kita tak tahu ada kematian sehingga ada berita tembakan kira-kira jam 5 petang,” katanya.

Media kawalan Umno BN dengan memetik berita portal ini, sebaliknya memanipulasi kenyataan Tian dan memberi gambaran seolah-olah beliau tidak bersimpati dengan kematian dua komando polis dan keluarga mereka.

Bercakap kepada Keadilan Daily petang ini,  Tian berkata konspirasi yang dimaksudkannya ialah perancangan Umno BN yang cuba mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dirinya dengan kejadian berkenaan, sedangkan ia tidak benar.

“Itu yang saya rujuk sebagai konspirasi. Saya kekal dengan pandangan, konspirasi terancang kerajaan Umno BN untuk alih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.

“Kerajaan dan BN eksploitasi pandangan dari fokus kepada isu RCI Sabah dan melempar tuduhan liar kepada pembangkang,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.

Beliau percaya tragedi itu boleh dielak jika tahap keselamatan negara dipertingkat dan pasukan keselamatan dibenar menjalankan tugas secara profesional tanpa dicemari propaganda pemerintah.

“Pandangan saya ‘dimainkan’ selepas ada perajurit gugur. Saya tak berniat menyinggung. Saya secara peribadi sampaikan ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga,” kata Tian.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.