`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, March 19, 2013

Hebat MB Selangor !!


Saya memahami kedudukan Datuk Seri Ahmad Said Hamdan selaku pegawai kanan kerajaan dan menerima penjelasan beliau bahawa ketika mengeluarkan kenyataan  tersebut beliau bertindak atas kapasiti sebagai Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menyedari hakikat ini,  saya menerima tawaran permohonan maaf secara terbuka di mahkamah  serta menyiarkan teks permohonan maaf tersebut di akhbar The Star dan New Straits Times kerana dua akhbar ini  telah menyiarkan kenyataan Ahmad Said yang menjadi asas kepada tuntutan saman saya.
MB I
Saya mengambil keputusan untuk tidak menuntut ganti rugi dalam bentuk wang ringgit walaupun kenyataan itu menyebabkan kerosakan reputasi yang besar kepada saya dan keluarga apatah lagi kedudukan saya sebagai Menteri Besar.

Saya tidak mahu wang pembayar cukai digunakan bagi membayar ganti rugi  itu memandangkan saman terhadap Ahmad Said dibuat atas kapasiti beliau sebagai penjawat awam yang juga defendan pertama dan kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua.
Atas alasan ini juga, saya memutuskan untuk mengenakan kos yang minima ke atas kes ini.
Saya berpandangan setiap rakyat di negara ini mempunyai hak untuk hidup dengan selamat dan terjamin dari segi keselamatan diri, maruah dan harga diri seperti  yang termaktub  dalam Perlembagaan Persekutuan. Hak ini hendaklah dihormati oleh setiap warga negara jika kita mahu menjadi bangsa Malaysia yang bertamadun.
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
MENTERI BESAR SELANGOR 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.