`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, March 4, 2013

Insiden Lahad Datu: Risikan tentera lemah, diguna untuk politik


KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Keselamatan (MRK) KEADILAN mengecam keras tindakan kerajaan BN mempergunakan pihak perisikan negara dan Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) Angkatan Tentera Malaysia untuk tujuan politik sehingga mengabaikan tugas sebenar mereka.

Jurucakap MRK, Asri Buang berkata, tindakan memperguna unit perisikan negara untuk tujuan politik menyebabkan unit tersebut gagal mengesan ancaman yang lebih besar seperti pencerobohan di Lahad Datu sehingga mengorbankan nyawa.

asri buang

“MRK sedih dengan kelemahan pihak perisikan negara dan BSPP yang sibuk memantau aktiviti ahli-ahli politik Pakatan Rakyat sehingga terlepas pandang kepentingan menjaga dan mempertahankan perairan negara,” katanya pada sidang media semalam.

“Bahagain perisikan tentera sepatutnya fokus dengan amanah yang dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan negara demi rakyat,” kata Pengerusi Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) itu.

MRK juga katanya, mengecam pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang terus bermain politik memanjangkan krisis di Lahad Datu dan kelihatan seolah-olah tidak berminat untuk mencari penyelesaian segera biarpun beberapa anggota polis terkorban dalam pertempuran.

“MRK menggesa pihak keselamatan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib berhenti bermain politik dan memikul tanggungjawab sepenuhnya kegagalan dan kelemahan yang berlaku dalam mengurus peristiwa di Lahad Datu. BSPP bertanggungjawab penuh ke atas kegagalan ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.