`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, March 2, 2013

SELUDUP DAGING RUSA UNTUK NAIK PANGKAT?




Oleh : ZAMZURINA ZAMZURI
SETELAH tertangkap basah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kerana menyeludup daging rusa (hidup liar dilindungi) seberat lebih kurang 20 kilogram melalui Penerbangan Malaysia MH2134 pada jam lebih kurang 3.30 petang 19 Ogos 2011, Komander APMM, Azman Shamsuddin merasakan dunianya 'Gelap Gelita' kerana boleh didakwa di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997.

Laporan penuh kes ini boleh diikuti melalui artikel 'KP APMM Kempunan Makan Daging Rusa?' yang disiarkan pada 20 Ogos 2011.
Namun Azman bukan calang-calang orang kerana bukan sahaja boleh terlepas daripada pendakwaan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah; malah kesnya ditutup begitu sahaja dan mendapat bonus pengesahan jawatan sebagai Komander; semata-mata kerana menjadi 'mesengger' untuk bossnya, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato' Mohd Amdan Kurish yang mengidam daging rusa @ payau.

Jika seorang Komander APMM ditugaskan untuk menyeludup daging rusa melalui lapangan terbang, tidak hairanlah jika APMM gagal menjaga perairan negara setelah menjadi agensi tunggal memantau maritim Malaysia sehingga berlakunya insiden pencerobohan oleh PATI yang mendakwa mereka sebagai Tentera Sultan Sulu.

Agak malang bagi rakyat Sabah kerana walaupun Pengarah Jabatan Hidupan Liar anak jati Sabah, namun gagal mengambil tindakan tegas terhadap pegawai tinggi APMM ini dan terpaksa membelakangkan tarikh permit memburu bagi menutup kes berkenaan yang merupakan kes pertama melibatkan agensi penguatkuasa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.