`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, March 7, 2013

Tarif Astro TURUN..


AMPANG 7 MAC: Tarif bayaran televisyen satelit Astro akan diturunkan sebaik Pakatan Rakyat mentadbir negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.Ketua Umum KEADILAN itu berkata, penurunan harga itu bukan mustahil jika amalan monopoli di kalangan syarikat kroni yang rapat dengan pimpinan Umno BN dihapuskan. Ketika ini, Tan Sri Ananda Krishnan memiliki 43% ekuiti dalam Astro, iaitu pemegang terbesar saham dalam syarikat itu.


“Dalam dua minggu kita ambil alih Putrajaya, kita akan panggil Ananda Krishnan, minta dia turunkan harga. Bukan kita tak bagi dia untung, tapi minta supaya dia beri rakyat untung sama,” kata bekas Menteri Kewangan itu disambut tepukan gemuruh hadirin.Beliau berucap pada ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Padang Tasek Tambahan, Ampang, malam kelmarin.

Bagi tempoh kewangan berakhir sembilan bulan pada 31 Oktober 2012, keuntungan Astro meningkat 11 peratus kepada RM3.1 bilion berbanding RM2.8 bilion pada 2011.“Ananda tak akan muflis hanya kerana menurunkan harga Astro yang akan dilaksana Pakatan Rakyat,” kata Anwar.

Ananda turut memperolehi konsesi penjana tenaga bebas (IPP) elektrik melalui Port Dickson Power Bhd dan Powertek Bhd Pemegang kontrak lumayan IPP diikat bagi tempoh 21 tahun dengan keuntungan minimum dijamin pulangan oleh kerajaan sebanyak 20%.Beliau turut memegang 22% saham dalam Maxis melalui syarikat Usaha Teguh, yang dimiliki bersama Tabung Amanah Tun Fuad Stephens.

Menurut majalah Forbes, Ananda merupakan orang kedua terkaya di Malaysia dan berada di kedudukan ke-62 terkaya di dunia dengan aset bernilai RM 30 bilion. ~keadilandaily

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.