Sekarang terdapat khabar angin yang mengatakan pihak pengganas yang menceroboh negeri Sabah menggunakan terowong untuk masuk ke Kampung Tanduo.
ilustrasi |
KUALA LUMPUR - Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib menafikan dakwaan penceroboh dari selatan Filipina berjaya memasuki Kampung Tanduomenerusi terowong bawah tanah yang dibina sejak November lepas.
"Setakat ini kami tidak mendapat sebarang maklumat mengenai adanya terowong itu.
"Malah, apabila tentera mengadakan serangan udara pun kami tidak temui terowong bawah tanah itu, yang ada cuma kereta yang hancur," katanya hari ini ketika dihubungi menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3 yang disiar secara langsung.
Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang memetik penduduk Kampung Tanduo di Lahad Datu sebagai berkata penceroboh Sulu telah membuat perancangan rapi ketika memasuki kampung itu termasuk membina terowong bawah tanah.
Penduduk mendakwa penceroboh menggunakan jentera pengorek untuk mengali lubang seolah-olah sedang mencari emas tetapi didakwa helah membina kubu dan terowong bagi dijadikan tempat persembunyian apabila diserang.
Ditanya sama ada kemungkinan penceroboh Sulu hanya berada di sekitar Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, Hamzah berkata: "Tak boleh anggap mereka (penceroboh) berada di dua kampung ini sahaja." - BernamaApabila MiM merujuk kepada yahoo.search, terdapat artikel yang mendakwa wujud terowong di Sabah.
Potential in Kunak's Japanese war tunnel
Entrance to the tunnel
An unmistakable sign validating the existence of an 'Ex-Japanese War Tunnel'
See how big the tunnel is - can fit a 10-tonne lorry, some claim.
A Japanese war tunnel that can accommodate even a 10-tonne truck? Yes, it exists and so long (8km).Japan's Imperial Army were known to build massive tunnel systems in many occupied territories. But that they had also dug such a large one in Kunak came as a complete surprise.
The Kunak District Office launched a press blitz to highlight this war marvel last year in conjunction with its 17-18 April 2010 Kunak Carnival , a Information Department and the Drug Prevention Association.
They even exhibited pictures of the tunnel to drum up visitor interest.
As the Kunak District Council struggles to put itself on the tourism map because it can't match Sandakan's Orangutan, proboscis monkey and Semporna's diving haven like Sipadan Island, this massive tunnel could be just the silver bullet to lift it from the doldrum. moreKunak terletak di Tawau yang dahulunya dibawah daerah Lahad Datu sebelum menjadi daerah sendiri. Walaubagaimana pun, terowong di atas adalah peninggalan askar Jepun dan tidak sama dengan dakwaan penduduk Kampung Tanduo wujudnya terowong untuk menggali emas.
Dan terowong di Kunak didakwa digali oleh askar Jepun dan bukannya baru digali pada bulan November tahun lepas seperti yang didakwa oleh penduduk Kampung Tanduo.
MiM masih menunggu kesahihan laporan di atas dan mengharapkan ada pihak dapat mengesahkan kewujudan terowong bekas peninggalan askar Jepun itu. Dan jika terowong tersebut tiada kaitan dengan penceroboh di Lahad Datu, peninggalan askar Jepun ini boleh dijadikan destinasi pelancung yang menarik di Sabah.
Very interesting!
- DrMiM
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.