`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, August 15, 2013

Namewee kasi Nazri Cookoo tak tahu fikir



Nazri Aziz lantik anak sendiri jadi Pegawai Khas dalam Kementeriannya.

Gunalah akal sedikit ... apa orang kat bawah tak tengok dan lihat apabila orang kuat PM latik anak sendiri sebagai pegawai khas? Orang luar akan kata ini amalan nepotisma dan kronisma. Pekak ke atau tak mahu dengar?

Atau kes tahu tapi dah bebal sangat? Pastinya degil.


Cucu Tok Selampit pula berkata:

Ini adalah website rasmi Kementerian Perlancungan dan Kebudayaan Malaysia, rujuk di sini

Jelas tertera nama anak Menteri kementerian berkenaan, Nedim bin Nazri Aziz dilantik sebagai Pegawai Khas. Apa rasionalnya anak sendiri dilantik sebagai Pegawai Khas kementerian. 
 

Bukankah anaknya sudah kaya raya dengan harta kekayaan dan perniagaan keluarga? Apakah rasionalnya anaknya itu menghabiskan masa dengan jawatan yang rendah dengan gaji yang tidak seberapa?

Bagaimana penyokong-penyokong Kerajaan hendak mempertahankan pemimpin-pemimpin mereka sekiranya golongan ini mementingkan nepotisme dan kronisme? 

Tidak perlu kita berkokok mengatakan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Nik Aziz dan sebagainya menaikkan anak-anak mereka sekiranya pemimpin-pemimpin UMNO dan BN sendiri melakukan sedemikan.
Adakah tugas Nedim untuk tukar Kementerian jadi kemepenterian Pelacuran?
Tambahan pula si anak Menteri ini memang umum sudah mengetahui berperangai "playboy" dan gambar-gambar sensasinya bertebaran di internet, lihat di sini.
Apakah tidak akan berlaku penyelewengan kuasa apabila bapa dan anak menerajui sebuah kementerian yang banyak menerima peruntukan perbelanjaan negara?. 

Apakah lawatan Menteri ke mana-mana negara akan disusuli dengan Pegawai Khasnya serta artis yang tengah digila-gilakan oleh anak Menteri berkenaan iaitu Nora Danish? 

Apakah anak Menteri berkenaan berkuasa penuh di dalam kementerian seperti mana menantu seorang Mantan Perdana Menteri yang berkuasa penuh di Tingkat 4 suatu masa dulu?

Semasa Pak Lah jadi PM, Khairy terpaksa berhenti kerana ada pekeliling kerajaan tidak benarkan kaum keluarga bekerja satu pejabat. Oleh kerana dia baru mengahwini anak Pak Lah, Khairy letak jawatan.

Apakah pekililing itu tidak lagi boleh digunapakai??? 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.