`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, August 15, 2013

The awakening': Dr Mahathir tidak benarkan sesiapa berfikir (Tamat)


Berbeza dengan Abdullah, Anwar tidak disukai Mahathir setelah menjadi Timbalannya kerana pengaruh Anwar yang bertambah besar dalam UMNO. Anwar begitu kuat pengaruhnya kerana kemahiran beliau bermain politik dan bukannya kerana beliau pemimpin yang ber ‘consequence’ dalam pembangunan negara. Anwar menampakkan ‘obsessions’ beliau untuk menjadi Perdana Menteri secepat yang mungkin dan dalam proses menaiki tangga kuasa dalam parti banyak juga pemimpin yang menjadi korban beliau. Anwar tidak belajar dari pengalaman Musa, Timbalan Perdana Menteri pertama dibawah Dr Mahathir.

Anwar telah mengorbankan Ghaffar Baba dengan kuasa kewangan yang ada ditangan beliau. Kehadiran Anwar banyak menyumbang kepada perpecahan dan tidak puas hati dalam UMNO kerana beliau dipersepsikan sebagai seorang yang mahu melangkahi ramai pemimpin yang ‘senior’ dalam UMNO, termasuk diawalnya Musa Hitam, Haji Suhaimi serta ramai yang lain seolah-olah beliau dianggap sebagai seorang pemimpin yang turun dari langit ketujuh.

Semasa dalam kuasa, Anwar terlalu jelas meletakkan orang-orangnya di semua tempat dan kedudukan penting dalam kerajaan dan parti dan segala tindakan beliau itu jelas mencetuskan perasaan tidak puas hati terhadap beliau. Malahan tindakan membina 'kronism' yang di lemparkan kepada Dr Mahathir sebenarnya berlaku berluas-luasa di dalam kem Anwar. Di pusat-pusat pengajian tinggi, di dalam sektor korporat dan berbagai-bagai agensi kerajaan dipenuhi oleh ‘orang-orang’ Anwar malahan sampaikan  ‘journalist-journalist’ pun meninggalkan ‘profession’ mereka dan menjadi ahli korporat.

Hampir semua Menteri Besar adalah penyokong Anwar dan tidak hairan ia menjadikan Dr Mahathir begitu gelisah dengan tindakan Anwar yang agak ‘over’ dalam politik Melayu dan dianggap oleh banyak pihak diluar sebagai terlalu jauh keluar dari budaya politik yang sedia ada selama ini. Anwar terlalu jelas ‘overly ambitious’ dan tidak dapat disorokkan dan di samping itu mengampu secara tidak ‘natural’ terhadap Dr Mahathir. Mahathir telah mula hilang keyakinan terhadap Anwar apabila pada pemilihan 1996 sudah ada suara meminta Anwar melawan Dr Mahathir sebagai Presiden UMNO.

Ramai dikalangan ‘foot soldiers’ Dr Mahathir bercakap dimana-mana yang Anwar tidak akan menjadi PM kerana lagak yang ditunjukkan itu amat merbahaya bagi politik negara. Maka bermulalah usaha untuk menjatuhkan Anwar dengan menggunakan kenakalan Anwar sebagai isu untuk menjatuhkannya.

Maka berlakulah apa yang telah kita semua lihat telah terjadi. Abdullah Badawi yang selama ini bermain-main dalam diam untuk mempengaruhi usaha untuk menjatuhkan Anwar mendapat tempat sebagai pengganti timbalan kepada Dr Mahathir yang keempat kalinya. Dalam pada itu Dr Mahathir sudah nampak desakan untuk meletakkan jawatan dan berundur maka Abdullah lah yang bernasib baik yang akhirnya menjadi Perdana Menteri manggantikan Dr Mahathir.

Kebetulan Abdullah pandai mengambil hati Dr Mahathir dan hanya mengangguk sahaja dengan apa yang diarahkan dan perlakuan Dr Mahathir. Mahathir tidak ada halangan maka Abdullah menjadi penggantinya. Beliau mempunyai imej sebagai orang baik tetapi tidak ada pula yang menganggap Abdullah sebagai pemimpin yang baik. Sesungguhnya orang baik sahaja tidak boleh memimpin diperingkat tertinggi kerana yang boleh memimpin peringkat tertinggi hanya pemimpin yang baik, bukannya orang yang baik.

Mahathir boleh bekerjasama dengan beliau kerana Abdullah ini hanya mengangguk semata-mata untuk mempastikan beliau tidak menerima nasib seperti tiga orang Timbalan Perdana Menteri sebelumnya. Abdullah tahu melalui pengalaman yang dialami oleh Musa, Ghaffar dan Anwar yang Mahathir jangan sekali-kali di sanggah pemikiran dan kemahuan beliau.

Dalam UMNO dari zaman itu, hanya Dr Mahathir sahaja yang layak dan sepatutnya berfikir. Yang lain hanya ditugas mengangguk dan bertepuk tangan sahaja dalam Perhimpunan Agung. Abdullah tahu bagaimana hendak kendalikan Dr Mahathir semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Abdullah hanya menunggu masa untuk mengambil alih dan membuat apa yang sepatutnya beliau lakukan sebagai Perdana Menteri. Abdulah berfikir, beliau tidak perlu membayar walaupun sepuluh sen untuk mendapatkan kerusi Perdana Menteri itu. Yang perlu beliau lakukan hanyalah mengiyakan sahaja apa kemahuan Dr Mahathir sahaja. Abdullah tahu Mahathir walaupun nampak berjiwa besar tetapi pada hakikatnya beliau mempunyai jiwa yang kenit sahaja.

Mahathir perlukan orang dikelilingnya hanya penghiburnya sahaja. Beliau tidak boleh disanggah walau sedikit pun. Itu sebabnya Dr Mahathir bergaduh dengan semua pihak. Beliau bergaduh dengan kesatuan sekerja, beliau berperang mulut dengan Bar Council, beliau bergaduh dengan Hakim-Hakim dan kemuncaknya beliau bergaduh dengan Raja-Raja Melayu. Diperingkat antarabangsa beliau bergaduh dengan Australia, dengan Amerika Syarikat, dengan Britain dan dengan semua negara yang lain. Yang kita belum mendengar Dr Mahathir bergaduh ialah dengan anak isterinya dan semua Doktor.

Masalah beliau dengan Abdullah bermula semasa Abdullah menjadi Perdana Menteri. Mahathir merasakan yang Abdullah tidak mengenang budi. Bagi Mahathir semua orang mesti mengenang budinya. Hanya beliau sahaja yang berkelayakan untuk tidak mengenang budi rakan-rakannya yang menaikkan beliau dalam politik. Abdullah tidak mengindahkan apa keputusan yang dibuat semasa kabinet Dr Mahathir dan diantaranya ialah membatalkan projek jambatan bengkok ke Singapura.

Kalau hendak tahu kenapa Dr Mahathir bergaduh dengan Abdullah, elok kita baca sendiri apa yang dikatakan oleh Abdullah dalam wawancara ‘editor’ The awakening’ itu. Apa yang diperkatakan oleh Abdullah tertulis dalam buku tersebut. Tidak payah blog ini melanjutkan kata-kata Abdullah itu.

Tetapi sebagai penutup, saya hanya hendak menyebut satu perkara. Mahathir jangan disanggah. Kalau disanggah terima sahajalah nasib anda pada masa yang akan datang. Penyakit itu juga merebak dalam parti-pati pembangkang.

Dalam DAP misalnya jangan sekali-kali menyanggah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng serta seorang dua kroni mereka dalam parti itu. Kalau hendak menyanggah juga terimalah nasib anda dimasa depan.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.