`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, October 19, 2013

bukan pistol dan gari hilang di laut rupa hilang bila polis jadi ahli kongsi gelap....tak suka jadi polis boleh berambus jadi ahli kongsi gelap ...kah kah kah....

Temerloh: Seorang anggota polis dan seorang wanita adalah antara empat yang diberkas bersama sejumlah dadah dan pelbagai senjata berbahaya dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Bahagia Indah, di sini malam semalam.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata dalam serbuan Ops Cantas Khas dan Ops Tapis pada pukul 8.50 malam itu, polis turut merampas sepucuk pistol, gari dan lapan butir peluru hidup daripada anggota polis berkenaan.
Polis turut menemui pelbagai jenis dadah selain lapan pedang samurai, sepucuk senapang angin dan lima pistol mainan, hasil pemeriksaan di rumah berkenaan, katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Abdul Aziz berkata, polis juga tidak menolak kemungkinan mereka yang ditahan anggota kumpulan kongsi gelap.
"Polis masih menyiasat sama ada kumpulan ini juga geng yang melakukan aktiviti samun dan pecah rumah berdasarkan penemuan barangan seperti tujuh jam tangan dan 19 telefon bimbit," katanya.
Menurutnya semua suspek yang berusia antara 21 dan 27 tahun terbabit tidak mempunyai rekod lampau, namun kesemua mereka positif dadah.
Beliau berkata kes disiasat mengikut beberapa seksyen Akta Senjata 1960 selain Akta Dadah Berbahaya.
"Anggota polis yang ditahan turut akan disiasat mengikut Akta Polis 1967," katanya. -Bernama


penyapu sial


sebab itu tak hairan mengapa begitu banyak senjata api milik PDRM dilaporkan hilang seperti yang didedahkan oleh Audit Negara.
Ia tidak jatuh ke dalam laut, tapi oleh kerana berita di atas tentang penglibatan anggota polis dengan kongai gelap, semakin jelas kemana senjata itu semua pergi...Menghadapi musang berbulu ayam seperti ini lebih sukar dari yang sebenar..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.