`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, October 20, 2013

Dah Expired.. Ali Rustam Dan Isa Samad Hanya Dapat 7 Undi

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengekalkan jawatan Naib Presiden Umno bagi Penggal 2013-2016 selepas memperoleh 185, 174 dan 100 undi.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Tan Sri Tajol Rosli, Datuk Mukhriz Mahathir yang menjadi pencabar terdekat Hishammuddin hanya mendapat 91 undi. 

Manakala Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad kedua-duanya mendapat tujuh undi.

Ahmad Zahid dan Shafie dikatakan menerima sokongan daripada majoriti bahagian Umno, manakala Hishammuddin dan Mukhriz pula bersaing sengit merebut tempat ketiga jawatan itu.

Dalam pemilihan Umno pada 2009, Zahid mendapat tempat pertama bagi jawatan naib presiden diikuti oleh Hishammuddin dan Shafie.

Keputusan ini menunjukkan jawatan kepimpinan tertinggi Umno kekal status quo.


Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai presiden dan timbalan presiden Umno selepas tiada siapa mencabar mereka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.