`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, October 21, 2013

Pengguna Genius : Jika Anda Menipu Orang Melayu dan Anda Berbangsa Melayu, Anda Lah Manusia Durjana

Aku just nak ingatkan kepada semua orang Kuala Pilah yang bergembira sebab dah ada Giant kat situ. Semenjak beberapa bulan lepas aku selalu pulak ke situ jadi aku just nak ceritakan lah sesuatu yang aku sure ramai jugak orang Kuala Pilah tak sedar lagi.

Dekat situ, ada satu kedai kecik tapi penuh dengan promoter. Promoter tu kerja dia approach customer yang dah habis beli barang sambil pegang flyer. Offer diorang "Bang, kak, isi nama, takyah bayar, dapat free gift!"

Nama kedai tu aku tak sure apa tapi syarikat dia Kitzware Sdn.Bhd.

Hari tu aku nampak ada sorang makcik tengah duduk isi borang yang diorang bagi tu. Aku pun tunggu aje la makcik tu abis sebab aku nak sound makcik tu yang tu semua scam aje tapi lama benar salesman dia bergebang kat situ, aku pun belah aje la.

Rasanya, ramai jugak orang kita yang mudah tertipu jadi aku cuba penuhi tanggungjawab aku, tolong, tolong, pesan dekat nenek kau, mak kau, makcik kau supaya kalau diorang ni orang Kuala Pilah dan kerap singgah Giant tu, jangan la terpedaya dengan kedai pukimak tu. Aku memang hangin dengan orang camni sebab...ini bisnes gampang. Legit, tapi gampang.

Modus operandi diorang mudah, tarik pelanggan guna free gift. Bagi kad gores menang yang pasti menang. Wahhhh! Abang dapat kad yang special tu! Kemudian tawarkan satu pakej barangan elektrik yang kononnya terbaik dalam dunia dengan brand ala-ala European. " Wow! RM3000 boleh dapat pakej barangan elektrik banyak ni?" Jerit seorang Makcik dari Kampung Melang, Kuala Pilah. "Makcik nak belilah!"

Barangan yang diorang ni jual kebanyakannya barangan cap ayam yang tak ada brand, tak tahan dan tak tahu selamat ke tidak penggunaan dia. Semua advance features yang diwar-warkan tu semuanya hanya bullshit semata-mata. Tapi orang Melayu, bila kita dengar benda miracle, ajaib dan diluar hukum alam, kita jadi suka.

Apa yang menyedihkan, si salesman ni semuanya adalah orang2 Melayu. Kau pegi la tengok sendiri macam mana bodohnya dan mudahnya diperbodohkan orang Melayu di semua level. Yang salesman satu level bangang, yang belinya satu lagi level bangang.

Kau tak kesian ke tengok makcik2 tu beli barang takde kualiti dengan harga melampau tu bro? Kau fikir komisyen kau aje kan mangkuk? Tak ada moral ke kau ni?

Yang lagi menyedihkan...bisnes diorang ni legit. Scam...tapi legit. Tak salah! Apa yang diorang buat ni tak salah! Menipu tapi protected by law. Kau pegi report polis pun tak salah! Sebab urusan perniagaan tu berlaku atas persetujuan pembeli tu sendiri. Kenapa kau nak dakwa company yang caj kau harga overprice sedangkan kau sendiri setuju itu amaun yang kau akan bayar? By law, apa yang company ni buat tak salah...kau bawak mahkamah, kau takkan menang, sebab dia tak break any law at all.

Cuma morally, memang salah. Tapi zaman sekarang, berapa kerat sangat la orang yang uphold moral dulu before profit? Tolong, tolong, kalau kau baca benda ni, tolong pesan kat sapa2 sedara kau yang duduk Kuala Pilah, kedai tu, tolong lah jauhi. Janganlah sampai kita kena scam buta2. Aku tak sempat nak warn makcik aku pasal "mesin elektrostatik Al Jabbar" jadi I have learned my lesson.

Jangan biarkan keluarga kita diperdaya dengan orang-orang Melayu yang tak ada akhlak. Golongan macam ni kian hari makin ramai. Akhlak adalah bukti sukses orang Melayu...bukan duit. Ingatkan diri kau benda tu hari2. Biarlah kerajaan,media dan propaganda canang bukti sukses adalah kekayaan yang menggunung tapi dalam diri kita, simpankan yang jika kau jaga akhlak, jaga moral, takut nak buat salah, takut nak menipu, songlap dan sebagainya...kau adalah manusia yang sukses.

Jangan kena scam. Jangan scam.
Jangan biar scammer hidup senang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.