`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, October 21, 2013

Keputusan saman AES sebelum 18 September dibentangkan di Kabinet minggu depan

Pembayaran separuh atau pulangan separuh bayaran antara opsyen yang akan dibentangkan oleh Kementerian Pengangkutan kepada Kabinet berhubung isu saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dibayar sebelum 18 September. 
Pemangku Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata selain itu ada beberapa opsyen lain yang akan diusulkan kepada Kabinet minggu depan untuk memberi keadilan dan atas kepentingan awam mengenai isu saman sebelum tarikh itu.
"Opsyen berkenaan kita telah kaji akibatnya. Antaranya, kalau hendak kurangkan kadar apa, tempoh mana, jadi bagaimana mereka yang telah membayar awal.
“Orang terlepas pandang betapa susahnya perkara yang melangkaui beberapa kementerian," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan AES di kementeriannya di Putrajaya hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Ismail Ahmad dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin.

Baru-baru ini, Hishammuddin mengumumkan bahawa jawatankuasa berkenaan bersetuju menetapkan kadar baru kompaun AES diturunkan kepada minimum RM150 bermula 18 September lalu.
Bagaimanapun, kadar saman itu bergantung kepada tempoh pembayaran saman dan had laju yang dilakukan oleh pengguna jalan raya di mana saman maksimum ialah sebanyak RM300.
Namun beliau enggan mendedahkan opsyen-opsyen lain sehingga diputuskan Kabinet tetapi percaya ia merupakan cadangan berbentuk.
Hishamuddin berkata cadangan opsyen-opsyen berkenaan adalah kerjasama tiga jawatankuasa kecil AES iaitu Perundangan diterajui oleh Peguam Negara, Kewangan oleh Kementerian Kewangan, dan Operasi diambil alih Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JPJ.
Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata kementerian akan mendedahkan laporan penuh mengenai tragedi bas terjunam ke dalam gaung di Kilometer 3.5 Jalan Genting Highlands yang mengakibatkan 37 maut pada Ogos lepas, selepas mendapat semua laporan dari beberapa agensi lain.
"Kita baru menerima laporan dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), dan kini sedang menunggu laporan dari PDRM serta dua atau buah agensi lain," katanya. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.