`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, October 7, 2013

Sabah boleh berubah jika UMNO tak berubah

Jangan gabra ... ni laporan 2008

Kini BN berada ditahap yang sangat kuat dengan pencapaian luar biasa Dato Musa Aman dan PR berada pada tahap nyawa-nyawa ikan.

Desas desus mengatakan Sabah sedang memerhati dengan teliti perkembangan pemilihan UMNO. Antara tumpuan mereka adalah penerimaan UMNO di Semenanjung tentang pemimpin tertentu yang amat tidak disukai mereka.

Puncanya adalah persepsi kegiatan korupsi dan kronisma yang dilihat mereka telah mengagalkan usaha kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan asas seperti jalanraya, air, elektrik, rumah, sekolah dll.





Rungutan ini bukan dari penyokong atau ahli luar BN tapi ahli dan penyokong BN.


Sudah ada cakap-cakap bahawa keadaan rakyat Sabah tidak terbela jika pemimpin sedemikian masih boleh diterima oleh UMNO sebagai kepimpinan terteinggi.

Menurut sumber tertentu, rakyat Sabah sangat terbuka kepada kempen orang Semenanjung kepada perwakilan. Mereka tidak begitu kedaerahan dan kenegerian sangat dalam memilih. Asal pemimpin tertentu tidak dipilih.

Pemimpin Sabah tahu juga bahawa orang semenanjung tidak tahu keadaan yang berlaku di Sabah. Maka pemimpin sedemikian yang pandai mengambil hati boleh menang.


Bagaimanapun mereka memikirkan kesusahan diri mereka untuk berkesan di kawasan mereka jika nasib rakyat akan tidak dapat diperjuangkan. Tanpa keupayaan berkhidmat, mereka pun susah untuk kekal sebagai wakil rakyat atau pun pemegang jawatan dalam kerajaan negeri.

Sudah ada mengatakan mahu ubah parti jika susah sangat untuk UMNO sedar dan berubah. Mereka tahu susah untuk UMNO terus memerintah tanpa kerusi Sabah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.