`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, October 19, 2013

Sijil Halal Kilang Bihun Telah Di Tarik Balik - Pengguna Malaysia Sila Baca Ini.

Kepala hotak Soz Cyili

Ini satu benda yang agak mengejutkan pada aku. Aku dah lakukan sedikit semakan bagi memastikan maklumat yang disalurkan kepada aku bukan la maklumat berasaskan fitnah dan propaganda. Citer dia macam neh ;

Pertama tengok dulu gambar kat bawah neh ;

 
Kalau korang klik pada gambar neh korang boleh perhatikan bahawa ada statement yang menerangkan bahawa kilang bihun dan babi tersebut saling bersebelahan.

Dan baca ini pula ;
KBBI yang berkeluasan 4 hingga 5 hektar ini terletak bersebelahan kandang ternakan babi yang hanya dipisahkan oleh pagar yang tidak seberapa itu mengelirukan para pengguna dengan meletakkan tanda halal sendiri dalam tulisan jawi dan rumi yang tidak pernah diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Malahan permohonan untuk mendapatkan sijil pengiktirafan halal pernah ditolak oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang.
Syarikat ini yang dahulunya memproses bihun CAP CILI, CAP KETUPAT, CAP LANGSAT, CAP CABAI BURUNG, CAP BUNGA KANGKUNG, CAP CIK YATI dan CAP PHOENIX tetap berdegil dan terus menipu masyarakat dengan beroperasi semula baru-baru ini walaupun telah diarah untuk menutup kilang pada tahun lepas. Untuk lebih mengelirukan pengguna, kilang tersebut mengeluarkan jenama yang baru sedangkan tapak premis dan bahan-bahan masih lagi yang sama tanpa ada sebarang perubahan.

Jenama-jenama yang baru ialah CAP MASJID, bihun ekonomi CAP NYONYA, CAP KRIS, CAP LAKSA KAMPUNG, CAP LAKSA SILAT, CAP JATI, CAP KAPAL LAYAR dan CAP SYAIRIAH. Amat sedih sekali bila KBBI yang memang sah milik penuh orang bukan Islam selalu mengeksploitasikan jenama-jenama berunsurkan keIslaman dan kemelayuan sedangkan KBBI sedikit pun tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan. Lebih-lebih lagi tempat pemprosesan bihun ini betul betul bersebelahan kandang BABI. KBBI bukan sahaja di kunjungi oleh pemborong malahan lalat lalat serta tikus dari jiran sebelah turut rajin memberi kunjungan, bukan itu sahaja terdapat bau bauan didalam kilang bihun tersebut yang kami sedia maklum.


Sememangnya bihun dibuat dengan menggunakan bahan asas iaitu tepung beras yang halal, tetapi……. Pernahkah kita terfikir apakah bahan sampingan yang digunakan dalam pemprosesan bihun ini? Adakah sumber air yang disalurkan bersih dan suci seperti yang disyariatkan oleh agama Islam?. Jawapannya TIDAK…Pemprosesan bihun ini adalah bertentangan dengan etika halal kerana memproses dengan menggunakan bahan sampingan yang tidak halal. Masakan bersih, kandang babi bersebelahan kilang pemprosesan bihun. 
Bayangkan sahajalah, air adalah cecair yang mengalir. Bukan sahaja melalui lantai malahan tanah bumi jua air boleh melaluinya. Jikalau sudah bersebelahan, sudah pastinya mereka berkongsi longkang, saluran paip dan sebagainya. Air bawah tanah digunakan pula untuk diproses bagi penjimatan kos. Lagi- lagi tuan kilang bihun dan penternakan babi mempunyai hubungan persaudaraan. Memang tidak dinafikanlah ia menggunakan sumber air yang tidak suci dan najis dari babi.

Kasihanilah pengguna yang tidak mengetahui disebalik tabir bihun yang menjadi kegemaran mereka. Lazat saja pada pandangan mereka.



Maklumat di atas ini aku perolehi dari laman ini ==>  http://www.ridzalmersing.com/info-terkini/perhatian-kepada-pengguna-pengguna-islam-malaysia-terhadap-barangan-dari-kilang-bihun-beras-indah-kbbi-yang-masih-beroperasi-dan-menggunakan-tanda-halal-tidak-sah.html

Penulisan ini diterbitkan pada tahun 2011. Ini bermaksud 2 tahun yang lepas. Korang dah baca petikan di atas? Baca betul2 ek. Benda neh memerlukan kefahaman yang lanjut. Kalau tidak kang korang pening2 pula nak faham situasi.

Dalam artikel di atas di tulis KBBI = Kilang Bihun Beras Indah. Itu nama lama. Nama baru ialah KBB Resources = KILANG BIHUN BERSATU. Macam mana kaitan antara kedua2 kilang ini ditemui? Nah, ada kat website dorang sendiri beb. Korang refer sini ==>http://kilangbihunberasindah.com/

Citer pasal kilang neh baru je masuk Utusan. Rujuk sini ==> http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20131009/ko_01/Bihun-KBB-mahu-ke-luar-negaraSumber

Perghhhh.

Market baik punya. 

Dalam berita tersebut, dinyatakan mereka menguasai 70% pasaran tempatan. Bermaksud bihun mereka memang tersebar meluas di serata Malaysia. Gila ah. Aku rasa cap kapal layar tue aku dah beli banyak kali. Tetiba rasa nak muntah uweek uweekkkk.

Menurut penulis blog tersebut yang juga lakukan kajian terperinci ;

1. Kementerian pernah sita kilang tersebut atas masalah kebersihanan dan tidak memenuhi piawaian.

2. Tetapi selepas beberapa lama, mereka buka kilang semula. Tapi di kawasan lain. Bahkan perniagaan mereka semakin maju sebab tue boleh buka 2 kilang. Kiranya ada cawangan le. 

3. Syarikat KBB ini juga bekalkan bihun kepada beberapa syarikat lain. Syarikat lain akan amek, buat pembungkusan baru dan letak alamat kilang lain walhal product tue sama je cuma mereka menipu bab logo, pembungkusan dan juga alamat. Maklumat terperinci syarikat apa yang terlibat boleh rujuk link blog tersebut.

Then bila aku buka website JAKIM. Yesszaaaaa. Aku dapati sesuatu beb.

Kalau korang baca berita UTUSAN yang aku bagi link tadi korang akan nampak ayat neh ;
"Sebahagian besar daripada modal tambahan itu akan digunakan untuk perolehan mesin pembuatan baharu dan seterusnya dapat meningkatkan kapasiti pengeluaran," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah KBB di Kilang Bihun Bersatu Sdn. Bhd., di Kawasan Perindustrian Kuala Ketil, dekat sini, semalam.

Rujuk gambar ;

 Salah satu logo halal syarikat tersebut telah ditarik balik. Dan kalau korang rajin klik sini pula ;

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/direktori-halal-malaysia/126-direktori-halal-malaysia

Ada di tunjukkan brand2 bihun yang mana sijil halal telah ditarikbalik atas alasan apa tidak dinyatakan pula oleh JAKIM secara terperinci. Semua product2 tersebut di bawah kilang KBB Resources tue le.

So ber-ahti2 bila nak beli bihun. Serba sedikit rujukan korang boleh baca kat sini juga ;

https://www.facebook.com/airiel.kayz/posts/10152337339674922

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.