`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, October 19, 2013

Saravanan: Mana ayat kitab Veda benar buat kuil atas tanah PDRM?



Pengarah Tanah & Galian Negeri Perak
Datuk Bandar Dewan Bandaraya Ipoh
Ketua Polis Negara
Menteri Besar Perak

Pembinaan Kuil Haram dipercayai di atas tapak hakmilik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Jalan Ampang di Kg Ampang Baru, Ipoh, Perak?

Saya ingin melaporkan kemusykilan berbangkit berhubung perkara di atas. Semenjak kebelakangan ini saya perasan satu aktiviti pembinaan giat berjalan iaitu membina kuil Hindu di jalan Ampang berhampiran Kg Ampang Baru, Ipoh, Perak. 

Saya pengguna kerap jalan ini semenjak bertahun-tahun, jadi saya perasan perubahan di sepanjang jalan ini. Seingat saya kira-kira 3-4 tahun lepas, asalnya hanyalah sebatang besi altar dengan lambang agama Hindu sahaja di situ, kemudian berubah menjadi binaan kecil, seterusnya berubah menjadi besar sedikit dan yang terbaru pula; sejumlah besar kawasan situ diperbesarkan dengan lantai konkrit dan dinding. Sila lihat gambar-gambar berkaitan yang disertakan bersama email ini.


2. Saya percaya berkemungkinan binaan tersebut adalah aktiviti pembinaan haram kerana tidak terdapat sebarang papan tanda pembinaan yang sepatutnya. Tertera pada banner di salah sebuah gambar yang disertakan bersama ini kuil tersebut iaitu Om Sri Devi Erana Veera Maha Bathrakaliamman Temple oleh Sree Gold Marketing,

3.Tapak kuil tersebut juga mungkin tidak sah kerana berkemungkinan didirikan di tapak hakmilik PDRM. Kalau tak silap saya papantanda tersebut yang didirikan oleh Pejabat Tanah dan Galian turut dialihkan dari tempat asalnya, mungkin untuk mengaburi pihak-pihak berwajib atau membenarkan kawasan pembinaan kuil yang lebih luas. Siasatan perlu dilakukan berhubung ini.,


4.saya juga agak musykil kerana sehingga kini masih tiada tindakan diambil sekiranya ianya kuil haram, apakah lokasinya yang berdekatan jalan utama di situ tidak disedari oleh pihak-pihak berwajib,

5.pada pendapat saya seolah-olah ada gerakan terancang secara senyap untuk membina kuil haram. Modus operandi pembinaan kuil hindu haram senang sahaja: dengan memacakkan tiang besi altar dewa, diikuti binaan kecil dan seterusnya dalam tempoh beberapa tahun ianya menjadi kuil besar walaupun di tapak haram, tanpa peduli prosedur yang sepatutnya. Sedangkan membina masjid pun turut memerlukan arahan pembangunan dari pihak berkuasa tempatan. Dan yang pelik adakalanya kuil-kuil haram didirikan di kawasan majoriti melayu/islam atau tiada/kurang komuniti India hindu. Apa sebenarnya agenda semua ini? Sekiranya ianya tidak ditangani dengan sebaiknya ini merupakan satu risiko konflik perkauman/agama.


6. Beberapa tahun lepas kerajaan ada maklumkan kononnya hal pembinaan kuil Hindu haram dapat diatasi, tetapi dengan apa yang berlaku dewasa ini saya percaya ada yang tidak kena. Ini termasuk isu merobohkan kuil haram di peringkat nasional sebagaimana sedia maklum. Adakah pelanggaran undang-undang masih dibenarkan/dipejam mata (pembinaan kuil haram) atau pemantauan penguatkuasaan yang lemah? 

7.Oleh yang demikian, mohon siasatan dan tindakan dari pihak berwajib. Sekiranya benar ianya kuil haram maka tindakan pantas patut diambil. Jika lewat atau tidak serius, pastinya ianya akan menjadi polimik perkauman, sensitiviti agama, dipolitikkan dan sebagainya. Lebih baik mencegah dari merawat. Kerana biasanya keadaan menjadi hangat dan akhirnya kerajaan terpaksa beralah seperti lazimnya. 


8.Pada pendapat saya, sekiranya masih tiada, maka satu mekanisma tatacara mendirikan kuil melibatkan pertubuhan berdaftar Hindu hendaklah diwujudkan dengan mengambilkira peruntukan undang-undang/prosedur/sensitiviti masyarakat setempat/etc. Secara tidak langsung polimik yang asyik berulang-ulang merobohkan kuil haram yang penuh dengan emosi, sensitiviti agama/perkauman semua itu dapat diselesaikan.

Pengguna Kerap Jalan Ampang, Ipoh Perak

SK Bloggers

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.