`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, October 2, 2013

TERKINI! PROJEK MEGA KUIL ' 1 MALAYSIA SPIRITUAL TOURISM ' SATU PENIPUAN !!

Sebelum ini kita dikejutkan dengan satu projek pelancongan yang didakwa bernilai 10 bilion ringgit bakal dilaksanakan di Bukit Gambang, Pahang oleh sebuah syarikat bernama Enchant Acres Sdn Bhd.


Projek yang dinamakan ’1 Malaysia Spiritual Tourism’ ini akan dibangunkan di atas tanah seluas 500 ekar.

Dalam sebuah video, Pengerusi MMEC Global KB Tan berkata, projek bertemakan pelancongan keagamaan (spiritual tourism) ini mahu menonjolkan Malaysia sebagai sebuah negara yang multi-nasional dengan pelbagai agama, masyarakat, budaya yang hidup dalam keamanan, keharmonian dan perpaduan. 
Katanya lagi, projek pelancongan ini bukanlah suatu perkara baru kerana sebelum ini konsep ‘spiritual tourism’ telah digunakan di beberapa tempat pelancongan seperti Kek Lok Si dan Sleeping Buddha di Pulau Pinang, Sam Po Thong Cave dan Perak Tong di Perak, Tian Hou Kong di Kuala Lumpur dan Batu Caves di Selangor.
Projek ini kononnya disokong sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia dan Tourism Malaysia dengan objektif untuk mempromosikan pelancongan di Malaysia.
Fasa pertama projek ini dijangka siap pada tahun 2016.

Di bawah adalah jawapan kepada isu tersebut :
Projek membina pusat pelancongan kerohanian pelbagai agama di Gambang, dekat sini seperti yang diuar-uarkan sebuah syarikat pemaju, Enchant Acres Sdn. Bhd. tidak pernah dibincangkan oleh kerajaan negeri. 
Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob menegaskan,projek tersebut tidak akan dibuat di negeri ini dan apa yang ditimbulkan sebelum ini adalah satu bentuk penipuan. UM
Sebelum ini, Menteri Pelancongan telah berkata, beliau tidak tahu mengenai projek tersebut. Begitu juga pegawai Tourism Malaysia Pahang.

MiM berharap agar MB Pahang turut menegur dan jika perlu, mendakwa syarikat tersebut jika mereka didapati menyalahgunakan serta mengaitkan nama baik kerajaan.

Anda baca juga artikel ini : Klik Sini

-DrMiM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.