`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, October 20, 2013

UMNO KORUPSI : Jangan lihat kemenangan tetapi lihatlah berapa juta sudah dibelanjakan.


Pemilihan UMNO telah selesai.Bermula Presiden dan Timbalannya yang menang tanpa bertanding hinggalah kepada pemilihan sengit Ketua Pemuda,Ketua Wanita,Ketua Puteri dan "amat sengit" jawatan Naib Presiden.

Melihat kepada persaingan itu, bayangkan berapa juta RM telah dibelanjakan oleh setiap calon. Bermula calon Ketua Bahagian hinggalah Naib Presiden.

Diberitakan "modal"untuk jawatan Naib Presiden mencecah RM13 juta seorang.Manakala calon Ketua Bahagian memerlukan "modal" RM 1 juta seorang.

Soalnya bagaimana "modal" itu diperolehi? Ianya senang jika calon itu memegang jawatan menteri,Pengerusi badan berkanun dan pengerusi GLC.

Dengan memegang kunci "lubuk emas" ini,calon-calon mudah untuk dapatkan "sponsor dan modal" untuk diagihkan kepada pengundi. Sponsor mereka terdiri dari taukeh-taukeh kapitalis Cina dan kroni yang sememangnya "dahagakan" projek-projek UMNO.

Ironisnya, sama modus operandis seperti menghadapi Pilihanraya Umum. Jika PRU,UMNO berhadapan dengan pembangkang manakala dalam pemilihan ini,UMNO bergelut sesama sendiri.

Bezanya,umpanan kain pelikat dalam PRU berbanding umpanan lawatan ke luar negara,duit saku untuk pemilihan UMNO.

Peribahasa moden, " Jika sesiapa mengatakan dalam pemilihan UMNO tiada rasuah,dia adalah pembohong besar ! " .

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.