`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, October 2, 2013

[Video] Gadis Guna YouTube Hantar Mesej Letak Jawatan


[Kosmo] TAIPEI - Seorang wanita meletakkan jawatan di sebuah syarikat animasi Taiwan dengan memuat naik sebuah rakaman videonya menari di laman web perkongsian video YouTube, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu, Marina Shifrin, 25, menari mengikut rentak lagu penyanyi terkenal, Kanye West yang berjudul Gone.

Shifrin memberi penjelasan berhubung peletakan jawatannya itu menerusi sari kata yang tertera dalam klip berkenaan.

Video tersebut ditonton lebih 100,000 kali di YouTube.

"Sejak dua tahun lalu saya telah korbankan semua hubungan cinta, masa dan tenaga untuk kerja ini," tulis Shifrin dalam video tersebut.

Bagaimanapun, ketika memberitahu akhbar Huffington Post, wanita warga Amerika Syarikat itu tidak mendedahkan nama syarikat atau bekas majikannya. - Agensi 


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.