`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, May 23, 2014

FOTO PERBUATAN KHIANAT MACAI BN DI TELUK INTAN


TELUK INTAN: Satu lagi provokasi dicetuskan, kali ini pacuan empat roda Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Bukit Gantang menjadi sasaran.


Kenderaan itu menjadi sasaran khianat pihak tidak bertanggungjawab menggunakan cat dengan menulis "mana hudud? di bahagian belakangnya.

Kejadian itu berlaku di hadapan Bilik Operasi Petugas PAS PAS Bukit Gantang yang menjadi tempat berkumpul jentera pilihanraya daripada kawasan itu.

Ianya disedari oleh seorang petugas yang ingin keluar memulakan tugas pilihanraya menggunakan pacuan empat roda itu kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad ketika dihubungi berkata, tindakan tersebut adalah amalan politik yang tidak bertamadun.

"Lawanlah dengan hujah, bukannya bertindak seperti politik zaman purba. Sekarang politik ibarat langit yang terbuka.

"Biarlah Allah membalas kerja mereka. Mungkin mereka dapat upah kenyang sampai 100 tahun," katanya kesal.

Jelas beliau, apa yang berlaku itu adalah asam garam dalam perjuangan yang perlu dilalui.

Ekoran insiden itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu mengharapkan petugas PAS dan Pakatan Rakyat meningkatkan tahap keselamatan terutama menghampiri hari pembuangan undi nanti.

Beliau turut mengharapkan pihak polis meningkatkan lagi keselamatan di sepanjang kempen.

"Jangan biarkan orang-orang yang tidak bertamadun ini bertindak mengikut selera masing-masing.

"Biarlah pengundi tentukan siapa yang mereka mahu pilih, jangan wujudkan budaya samseng," jelasnya lagi.

- harakah

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.