`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, May 30, 2014

Teluk Intan- Pengundi yang Celik dan Cerdik akan menolak BN



Semalam kita membaca kenyataan Mah Siew Keong bahawa PRK Teluk Intan adalah PRK yang paling kotor sekali. Tidak ada misteri siapa yang melakukan kotor itu Mah. Ianya kotor kerana BN menggunakan cara2 yang ganas, jijik lagi kotor. Daripada penyokong upahan yang kerja mereka mengacau dan menakutkan; kepada budak2 upahan yang mengoyak dan mengotori poster sendiri. Jika ada poster BN yang disimbah cat dan lain2 lagi, ianya kerja budak2 suruhan BN.Budaya samseng UMNO ialah membaling batu dan menyimbah cat.

Biarlah pengundi Teluk Intan sedar bahawa penyokong dan perkerja Pakatan Rakyat tidak buat kerja2 begini.

Sebagai bandingan- lihat kenyataan ketua polis Pulau Pinang yang mengatakan bahawa PRK Bukit Gelugor adalah yang  paling baik dan aman. Ianya baik dan aman kerana BN tidak ada calun- terutama UMNO yang baru mahu berlajar perasaan hilang kuasa. Hilang kuasa membawa kepada hilang akal mereka.Ia jadi huru hara hanya jika UMNO bertanding.

Kerana hilang akal maka pemimpin UMNO berkempen menyerang peribadi seorang anak muda berumur 27 tahun. Kerana Dyana Daud bakal mencipta sejarah sebagai MP yang termuda dari DAP mewakili Pakatan Rakyat. Melayu bangsa nya, dan Islam Agama nya. UMNO tidak terfikir lansung bahawa Pakatan Rakyat terutama DAP mempunyai pandangan jauh dan stratejik meletakkan calun Melayu.

Ianya menyebabkan orang UMNO khususnya menjadi sasau fikiran kerana selama ini mereka berhempas pulas menggambarkan DAP sebagai parti rasis Cina , cauvinistik cina, komunis, yang mesti dibenci oleh semua orang Melayu. Kemasukan dan pemilihan Dyana Daud sebagai calun Melayu atas tiket DAP memmecahkan prejudis dan mental blockage yang selama ini mahu diterap UMNO.

Jika parti itu rasis, cauvinis dan komunis, bagaimana ia menarik minat orang Melayu menyertainya? Ini membuktikan bahawa selama ini, gambaran yang diterapkan oleh UMNO hanyalah pembohongan besar. DAP parti cauvinis selagi kita membiarkan ianya demikian- ia sudah bukan cauvinis dan rasis apabila ramai bukan Cina sedar bahawa ia sebuah parti yang menyatupadukan semua yang sepemikiran- menentang ketidak adilan, peninidasan, pemiskinan rakyat, salah tata urus negara, penyalah gunaan kuasa, rasuah, pencurian wang perbendaharaan, tektik membuli dan menakutkan rakyat- keangkuhan pihak berkuasa. DAP sebuah parti yang strike terror at hidden vested interests dalam penguasaan pentadbiran negara. ini perkara yang menyatu padukan orang untuk berminat kepada DAP dan perjuangan mereka- bukan kerana sebab kepentingan lain.

Jka gila kuasa- orang tidak masuk DAP. sehingga pulau Pinang, DAP tidak pernah memerintah negeri dan mustahil memerintah negara. jika mahu wang, jangan masuk DAP kerana tidak ada wang dalam DAP. sesiapa bertanding atas tiket DAP tahu bahawa DAP tdiak memberi sesen pun untuk pilihan raya Umum.  Sekali lagi- satu sen pun. Semua kena pakai duit sendiri, meminjam dari kawan, memohon derma dan berhutang. Ianya memerlukan jenis manusia yang kental semangat untuk meyertai  parti seperti DAP, PAS atau PKR.

Siapa yang tidak mahu ketawa pada kenyataan dari Ahmad Maslan yang selalu mendabik dada mempunyai CGPA 3.8 mengenai jika isiteri nya atau isteri Tajudin Rahman memasuki peraduan kecantikan dengan Dyana Daud- pasti isteri mereka akan menang. Dangkal benar kenyataan dari seorang timbalan menteri yang mengakui ada kelayakan akademik yang tinggi.

Atau kenyataan Zahid Hamidi yang mengulangi obsesi nya mengenai kecantikan Dyana Daud. Zahid mengeluarkan kenyataan apabila bercakap dihadapan himpunan polis bahawa Dyana Daud tidaklah secantik , bahkan isteri seorang pegawai tigggi polis lagi cantik. Kerja menteri dalam negeri kita ialah mengintai ngintai perempuan cantik kah? Atau kenyataan Zahid Hamidi yang dilapurkan mahu menampar Dyana Daud tapi itu hanya akan mengotori tangan nya.

Yang kotor Dato Zahid dan huduh dato Maslan ialah ketegangan kaum yang sengaja dihidupkan oleh UMNO dan penyokong mereka. Huduh dan kotor ialah rasuah yang meyelinap masuk kesetiap rongga pentadbiran negara. yang kotor dan huduh ialah rompakan disiang hari projek2 kerajaan yang menelan belanja yang besar. Semua orang tahu, projek ini sumber pendanaan peribadi sesetengah ahli politik UMNO dan parti politik BN.

Isiu di Teluk Intan bukanlah tafsiran kecantikan, atau muda nya calun DAP atau hal2 peribadi yang lain. Bahkan dalam kegilaan kempen BN, ibu Dyana Daud pun turut jadi mangsa.

Isiu nya ialah kos kehidupan yang makin meningkat sebab UMNO tidak tahu mengurus negara. Isiu nya hutang negara yang kian meningkat memecah siling 55% dari KDNK kerana belanja berhemah bukan dalam kamus BN dan UMNO. Pemimpin UMNO dan BN belanja macam duit rakyat itu duit bapak mereka. Isiu nya ialah rasuah yang berlaku tapi tidak ada atau dujumpai pelaku nya. kos PKFZ yang lebih dari 12 billion, kos kehalimunan wang dan dana 1MBD. Isiu lesap nya RM250 juta untuk projek lembu; Isiu nya ialah ketidakpertanggung-jawaban pihak kerajaan membiarkan ketegangan kaum dan agama berlaku.

Issu nya ialah kekacauan yang tercetus kerana tidak ada patuh kepada undang dan peraturan. Belum pernah terjadi symbol demokrasi iaitu dewan undangan negeri dicerobohi dan pelaku nya tidak dikenakan tindakan tegas. Keruntuhan law and order kelihatan apabila ada kumpulan yang secara terbuka melakukan intimidasi jinayah dan ugut mahu bakar bangunan. Sehingga sekarang, tidak ada tindakan.

Ini isu2 yang lebih besar dari isu kecantikan calun DAP. jika ini pertandingan kecantikan, isteri menteri dan timbalan menteri tidak petrlu masuk PRK. Hanya perlu mereka hari hari memperagakan pakaian, handbag yang mahal, kasut dan aksesori kecantikan yang mahal2. Hanya perlu isteri para menteri dan timbalan menteri menggayakan  hasil suntikan botox dan pembedahan plastic yang mutakhir. Pasti mereka akan menang kerana rakyat rupa2 nya kurang cerdik dan berfkir macam UMNO dan BN berfikir.

Maka sesiapa walaupun hanya mimpi mereka berfikir macam UMNO dan BN, segralah bangkit dan mohon maaf dan keampunan.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.