`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, May 2, 2014

Perkasa Pecat Zul Noordin..?



Zulkiflli Noordin menafikan beliau meninggalkan kumpulan pendesak Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) namun sekadar melepaskan jawatan naib presiden bagi mengukuhkan Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata, dengan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang menggantikan tempatnya, lebih mudah bagi Perkasa membantu Umno menjelang pilihan raya akan datang.

"Saya masih ahli cuma tidak mahu pegang jawatan. Kita dah berbincang untuk beri laluan kepada Abdul Rashid sebagai naib presiden untuk tumpu PRU14.

"‎Saya cadang strategi itu supaya Perkasa tumpu kepada 222 kawasan Parlimen dan tidak tertumpu kepada cawangan. Kita perlu berasaskan politik untuk membantu orang Melayu,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di persidangan Pemikir Muslim Antarabangsa di Kuala Lumpur semalam.

Sewaktu Mesyuarat Agung Perkasa Wilayah Persekutuan hujung November lalu, Abdul Rashid menyatakan tujuannya menyertai kumpulan pendesak itu bagi memastikan kaum Melayu dan Bumiputera terus berkuasa.

Katanya, orang Melayu perlu mengekalkan kuasa politik mereka kerana negara ini milik mereka.

“Dengan pengalaman dan pengetahuan saya bersama SPR, saya akan membantu Perkasa mencapai matlamat itu.

“Kami lakukan secara sah dan teliti. Mereka yang kalah semasa pilihan raya umum lalu mendakwa kami melakukan kesalahan. Jika betul, mengapa Barisan Nasional (BN) tewas di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor?” tanya Abdul Rashid.

Zulkifli berkata dengan kepakaran Abdul Rashid dalam bidang pilihan raya, kerja Perkasa bagi membantu Umno akan menjadi lebih mudah.

Katanya, antara peranan yang dapat dimainkan Perkasa adalah membantu Umno memenangi kawasan dikuasai majoriti pengundi Melayu.

"Dalam konteks itu, kita perlu kepakaran pilihan raya dan orang terbaik adalah Abdul Rashid sebagai bekas pengerusi SPR. Dia terima pelawaan Perkasa, sebab itu saya beri laluan.

"Perkasa wajar memberi pandangan berpihak kepada Umno, maknanya Perkasa wajar tumpu ke kawasan Melayu yang Umno kalah,” katanya.

Bekas ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu memberikan contoh Parlimen Bandar Tun Razak, yang majoriti pengundinya berbangsa Melayu tetapi masih gagal dimenangi BN.

"Parlimen Bandar Tun Razak, kawasan orang Melayu tetapi Umno tak boleh masuk. Dah berapa kali pilihan raya malah kerusi itu diberi kepada MCA. Sedangkan calon Melayu dimenangi PKR,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.