`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, May 6, 2014

Pondan Pengeluar Partikel Busuk

Satu masa dulu, aku sama saja macam mereka.

Hembusan asap laju keluar dari mulut. Memenuhi suasana menyamankan minda, membebankan jiwa mereka. Tetapi sedikit sebanyak apabila aku sedar orang-orang keliling aku mahu makan tapi wajahnya sedikit mencuka, aku sedar asap hembusan aku ini rupanya sangat sarat mengganggu jiwa.

Jadi sedikit sebanyak aku nekad, jika aku mendambakan asap-asap itu, akan aku lari jauh dari orang ramai. Biarkan duit yang ku bakar itu aku hidu seorang diri.

Kemudian bila aku dah berdua, sang isteri mula berbicara yang ciuman yang aku rasakan hangat sebenarnya hangit. Bibir ku hitam kelam. Nafas ku yang aku rasakan mampu membangkitkan gelora rupanya hanya berbau bencana. Tapi itu belum cukup untuk membuat aku tinggalkan ketagihan itu.

Sehinggalah bila aku peluk zuriat aku dan ada lelaki di sebelah aku dengan selamba menghembuskan asap durjana kepada zuriat aku yang nak aku jaga, supaya dia sihat sentiasa.

Oh what the shit. Bagaimana aku tak nak anak aku jadi hamba asap jika aku masih lagi kaki pembakar asap? Bapak dan datuk dan nenek segala hipokrit semua bapa yang marah anaknya membakar diri tetapi diri sendiri jarinya tidak pernah lekang dengan gabus basah yang berair hujungnya.

Jadi pada satu hari, pada 18 haribulan September 2012 aku nekad aku berhenti. Memang menggigil jiwa. Memang merana nyawa. Memang semua yang buruk aku dengar mengenai berhenti merokok benar-benar belaka. Seminggu dua, tengok muka isteri, rasa seperti mahu diterajang setiap masa. Tapi lama-lama, barulah dunia ni nyata. Asap sudah tiada dari sistem jiwa barulah sedar busuknya mereka.

Busuk! Kepada hamba-hamba asap, anda busuk. Anda boleh pakai deodoran pelbagai deria tapi tidak ada ayat lain yang lebih layak untuk menyatakan yang satu masa dulu aku busuk, kini aku sedar kenapa ramai yang tak selesa.

Hamba-hamba asap yang kaya raya ini memang manusia durjana.

Merosakkan suasana. Menyahsedapkan deria. Membangkitkan derita makan. Kadang-kadang ada yang memangku anak sambil merosakkan deria orang lain. Dia tidak kisah. Bukan dia peduli. Yang penting dia mahu mengisi ketagihan hati, jadi yang salah adalah orang yang berada disekelilingnya yang tak nak cuba mengerti kelemahan diri.

Bukan dia. Hamba asap tidak pernah bersalah. Yang salah adalah mereka yang marah. Satu masa dulu aku sama macam mereka. Oh bila teringat balik, betapa buruknya angkara.

Tapi bangsa Malaysia dah terbiasa. Boleh berasap tak kira masa. Cuba kau bakar sampah depan rumah dia, tengok dia meraung tak, kalau kena gaya. Cuba kau kentut tepi mereka, kau tengok la muka dia masam macam mana. Hamba asap adalah orang paling annoying dalam dunia. Mereka sangka mereka unggul padahal lebih elok bercakap dengan cangkul.

Jangan sesekali diberitakan kebenaran, yang diri mereka sebenarnya pondan.

Ikhlas dari,
Bekas pondan yang berhenti mengejut menjadi pondan walaupun semua orang kata benda tu mustahil. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.