`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Monday, May 5, 2014

Sahibussamahah Mufti Pahang dan GST



Beberapa hari yang lalu, mufti negeri Pahang mengeluarkan fatwa bahawa semua orang mesti sokong GST. Mufti ini bebas untuk bercakap mengenai GST sebab bercakap ialah hak manusia; tapi kita tahu pengetahuan nya mengenai perkara ini amat cetek. Mufti ini telah membuat kajian yang meluas mengenai GST kah atau percakapan nya hanya bertujuan menerpa menyokong kerajaan yang membayar gaji nya?

Janganlah begitu sahibuss samahah- jika dia menerjah dan menerpa dimana malaikat pun takut untuk pergi, maka dia hanya menunjukkan kebodohan nya. Saya kenal mufti ini secara peribadi dan dia seorang  yang baikbudi dan baikhati- tapi kita mesti bersedia membezakan antara kepribadian dan isu.

Golongan agamawan mengekalkan monopoli bercakap dan memberi pandangan mereka dalam hal agama dengan meletakkan sempadan bikinan mereka sendiri; bahkan mereka berselindung disebalik tirai kekebalan artfisial ini. Orang awam tidak boleh berkhutbah atas mimbar kalau tidak ada tauliah. Walhal setiap jumaat kita dengar khutbah dari mimbar yang membebalkan dan membekukan minda kita. Diucapkan pula oleh mereka yang walaupun ada tauliah, tapi cetek ilmu nya.

Apa jadi jika kita meletakkan syarat yang sama- tok mufti dan kadi dan ustaz kalau tak ada tauliah bercakap mengenai ekonomi, undang2 civil, fiziks dan kimia, tidak dibenar bercakap mengenai perkara2 ini? Bagaimana? Tentulah golongan yang merasakan mereka ada hak dari langit akan memberontak. Keana mereka merasakan mereka golongan terpilih dan special.

Mereka boleh berterus bercakap , terpulang pada kita menerima nya atau tidak. Demikian juga mengenai isu agama- orang awam boleh terus bercakap dan memberi pandangan , terpulang pada masyarakat menerima atau tidak.

Kalau tok mufti Pahang berbicara mengenai hukum hakam agama, ilmu agama Islam, kita bersedia untuk meletakkan pandangan2 nya ditempat yang tinggi. Kita bersedia untuk undur dan berhenti sebentar sebab kita tahu dia ada kelayakan dalam bidang khususnya. Tapi jika pandangan nya menceroboh dalam bidang yang kita rasa kita ada pengetahuan lebih dan dalam isiu yang kita feel strongly about, kita bersedia mengupas dan mendedahkan kecetekan pandangan nya. Sebaik sahaja dia turun kebumi, kita berpencak atas lantai yang sama rata.

Kita mempersoalkan kelayakan dia bercakap mengenai GST serupa seperti mana orang agamawan menyoal kelayakan golongan secular bercakap mengenai hal2 agama. Kita dengarlah pandangan mereka, tapi kita berhak menerima atau sebaliknya pandangan mereka. Pandangan orang sekular mengenai hal2 agama adalah pandangan layman; maka pandangan golongan agamawan keatas perkara2 seperti specialist seperti ekonomi, adalah juga pandangan layman.

Bila golongan agamawan- para ustaz, para pendakwah bebas, lulusan pengajian Islam bercakap mengenai pengurusan dunia seolah olah mereka mendapat ilham terus dari langit dan menyokong golongan pemerintah minority,  kita sedar bahawa keadaan masyarakat kita semakin tenat.

Dalam sebuah negara kleptocracy- yakni sebuah kerajaan yang sarat dengan rasuah dan pencurian wang perbendaharaan/embezzlement of state funds,; apa yang terjadi ialah kelompok agamawan berkomplot dengan kelompok pemodal dan eksekutif kerajaan untuk menindas rakyat.

Inlah contoh pemerintahan oleh golongan kaya(plutocracy) dengan kelompok yang mendapat ilham dari Tuhan( theorcracy) dan golongan elit politik. Mmang benar kata Tuhan dalam Quran 9:67 bahawa golongan munafik saling teguh memperteguhkan kedudukan masing2. Mereka mempromosi kejahatan dan menyekat keadilan dan menggunakan kuasa untuk mempromosi idea mereka. Golongan agamawan menggunakan jawatan mereka untuk membantu golongan kaya dan elit yang berkuasa menundukkan kesedaran rakyat. Inilah contoh nyata kelompok ulamak memperakui kezaliman pemerintah.

Sejak zaman berzaman, rakyat bangkit menentang golongan agama yang mengesahkan dan mensahihkan dasar2 penindasan kerajaan. Dalam sejarah negara Eropah, rakyat bangkit menentang golongan padri yang menggunakan agama untuk menindas rakyat jelata. Raja2 menyelebelahi rakyat untuk memecah monopoli gereja. Bila raja mengambil alih kuasa dan menindas rakyat, sekali lagi rakyat bangkit mengguling raja. Dimana revolusu penuh tidak berlaku, golongan raja menyaksikan kuasa mereka dikurangkan pada peringkat minima.

Mufti Pahnag kalau tak tahu pasal GST atau hanya tahu mengenai T dibelakang nya, janganlah memandai mandai untuk membodohkan orang Melayu yang beragama Islam. Berapa kali orang Melayu mahu dibodohkan? Bila kita mahu hapuskan denda AES, Melayu lah yang bangkit menentang penghampusan AES. Mereka berkeras dan berdemonstrasi mahu bayar. Bila kita mahu hapuskan PTPTN dan beri pendidikan percuma sampai peringkat sarjana muda, orang Melayu juga yang gatal bangkit menentang. Mereka berkeras untuk bayar.

Sekarang GST- yang akan menambah tekanan kepada kenaikan kos hidup, Mufti suruh sokong? Fatwa mengenai GST bukan dapat diberi dalam sehelai dua muka kertas A4 yang ditaip.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.