`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, May 2, 2014

Siapa Sebenarnya Yang Berbaju Hitam Dan kenapa Bertopeng? Adakah datang untuk Cetus Provokasi?

Geng kotak' cetus provokasi
KUALA LUMPUR - Sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka 'geng kotak' tidak semena-mena menimbulkan provokasi sewaktu himpunan bantah GST, petang tadi.

Kumpulan anak muda berpakaian hitam ini tiba-tiba sahaja melanggar benteng Unit Amal untuk memasuki kawasan Dataran Merdeka.

Pergelutan itu, sedikit sebanyak 'mencemarkan' himpunan kali ini yang pada umumnya dilihat terkawal.

Kumpulan berbaju hitam ini kelihatan ganas kerana sebilangannya memakai topeng dan ada yang membawa suar.

Keadaan cemas itu bagaimanapun kembali terkawal apabila rundingan dicapai antara kedua-dua pihak.

Kumpulan ini kemudiannya dibenarkan memasuki jalan utama berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad. -SH

Note : Mereka ni golongan pemuda anarki. Anti establishment terutamanya kerajaan dan institusi raja. Blh search di fb nama profile rejimen anarki. Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.