`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, May 7, 2014

Sultan dikecualikan dari hudud?.. Hudud jenis apa Brunei laksanakan ni?


Suatu masa dulu Baginda pernah bertitah.. "Siapa kita di hadapan Allah, untuk mengatakan tidak atau tunggu dulu? Undang-undang Islam bukan sahaja digubal malah sudah tercatat di dalam Al-Quran dan Hadis lebih 1400 tahun dahulu".

Baginda Sultan Brunei mengulangi seruannya yang mahu Brunei melaksanakan Undang-undang Islam melalui pembentukan satu Akta Jenayah Islam... video ucapannya sila lihat di ( SINI )

Beberapa ketika kemudian AFP melaporkan Sultan Brunei,Sultan Hassanal Bolkiah yang merupakan antara individu paling kaya didunia berkata perlaksanaan Akta Jenayah Islam telah dilaksanakan secara rasmi selasa lalu, keseluruhan perlaksanaan akan dijalankan secara berperingkat dalam masa enam bulan. 
"Dengan izin Allah swt, dengan penguatkuasaan undang-undang ini, tugas kita kepada Allah oleh itu dipenuhi," Sultan, 67, berkata dalam ucapannya. 

Bagus tindakannya itu dan ianya memang satu perkara yang terpuji..

Tapi bila terbaca perkara 84B yang terpapar dalam pembentangan kertas kerja mengenai kajian perlaksanaan hudud di Brunei ini menyebabkan aku tertanya-tanya hudud jenis apakah yang dipraktikkan di Brunei sebenarnya?

Kerana menurut fasal 84B. itu menyebut..

"Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan tidak pandai berbuat salah sama ada atas sifat peribadi atau rasmi Baginda. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan tidak boleh dibicarakan di dalam mana-mana mahkamah berkaitan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan oleh Baginda dalam masa atau selepas pemerintahan Baginda sama ada atas sifat peribadi atau rasmi Baginda"


Adake manusia yang tak buat salah??

Seluruh kertas kerja oleh Mantan Ketua Hakim Negara Malaysia itu boleh di lihat di SINI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.