`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Monday, May 5, 2014

Umat Islam dah lupa dosa pahala, janji duit... punca Penipuan umrah menjadi-jadi...

Penipuan umrah menjadi-jadi
Penipuan umrah semakin serius dengan kes difailkan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) meningkat hampir 100 peratus daripada 381 kes pada 2012 kepada 761 kes, tahun lalu. Kumpulan itu menggunakan modus operandi bergerak dari surau ke masjid selain menggunakan individu berpengaruh untuk menipu umat Islam. 

Wartawan BH, SYED AZWAN SYED ALI membongkar isu penipuan pakej umrah bagi mencari punca dan jalan penyelesaiannya secara tuntas.

Kuala Lumpur: Penipuan pakej umrah semakin meningkat apabila ramai mangsa ditipu individu atau syarikat pelancongan menawarkan pakej serendah RM1,400, selain menggunakan taktik licik dan bergerak dari surau ke masjid untuk memerangkap mangsa.

Dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, sebanyak 93 kes dakwaan penipuan umrah difailkan dengan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), membabitkan tuntutan bernilai RM899,692.

Malah, statistik juga menunjukkan peningkatan hampir 100 peratus kes tuntutan penipuan umrah yang difailkan pada tahun lalu, iaitu 761 kes berbanding 381 kes pada 2012, masing-masing membabitkan kerugian RM4.37 juta dan RM2.71 juta.

Ia amat membimbangkan berbanding hanya 37 kes yang difailkan pada 2009.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.